Burned Out

Salaam..

This is my first semester being involved in a full-scale IT project. And it had to be a multi-national company(we vollunteered. it was worth it). Essentially the project is about implementing an inter-departmental service repository which solves many redundancy and time issues in the company.  The system managed to automate what used to take 3-4 months to complete, into mere seconds.

It was(and is) a great experience working on a real-life project. It gave me a glimpse of what is to come in the future. It was great. i loved it. But i was burned out. I spent my days going to class and joining meetings, and my nights doing assignments and coding. I barely had time for myself. I guess now I know what it's like to be my dad. He got out to work at 6am, came back home at 12; only to rest his head for a few hours.

I can reflect on the passion that he must've had with his work and I can feel the pressure that he must've felt just trying to deliver successful results. I, too, felt committed with the project and at a point, became attached to it. I was never a good coder, so I really wanted to prove a point, this time. Alhamdulillah, it went great and the client is very much happy with the product (although it's still incomplete at this point.).

The project in its entirety gave me a new perspective; a glimpse of the challenges that I will be facing in my future career. More importantly, it gave me an understanding of how hard it will be to balance social life, family life, D&T, as well as self-development. It's daunting to forecast what's to come but what's important now is for me to live in the present, and to adapt to the challenges to come. You know what they say, as the going gets tough, the tough gets going.

Syahdu.

Esok merupakan salah satu hari bersejarah dalam sejarah kebangkitan Islam yang kedua.
Presiden Mesir yang sah, bakal dibicarakan setelah 4 bulan berada di belakang sel penjara.
Sungguh, pasti syahdu suasana apabila pertama kali disiarkan wajah seorang mujahid Islam selepas 4 bulan di dalam tahanan. Wajah seorang pahlawan yang telah menggegarkan dunia abad ke-21.


Sungguh, diri amat berasa syahdu dek perbicaraan yang semakin hampir. Aku berbangga kerana dapat menyaksikan sebahagian daripada penulisan sejarah baru kebangkitan Islam. Kalau aku dahulunya cemburu kerana tidak dapat menyaksikan salahuddin al-ayyubi beraksi di atas kudanya, atau melihat Umar Al-Khattab menggegarkan kota makkah dengan seruan tauhidnya, kini aku dapat menjadi sebahagian daripada sejarah Islam yang bakal tertulis. Kini aku dapat mengenali, begini rupanya seorang pejuang Islam, berjuang menentang kefasadan tanpa menghirau tuntutan nafsu si kafir yang menentang.



Sunnatullah bahawa perjuangan Islam pasti akan diuji dengan tentangan kuat. Walau apa strategi, helah mahupun kepetahan berdialog yang digunakan para muslimin, pasti Allah akan menguji setiap jiwa yang berada di jalan jihad menegakkan agamanya. Pasti akan diuji dengan musuh-musuh yang tidak kenal erti lelah.
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).  - as-Saff
Aku amat berbangga kerana pada esok hari, bakal tertulis bahawa jasad ini sedang menyaksikan rentetan peristiwa kebangkitan Islam. Aku merasa dekat dengan sirah nabawwiyah. Buat pertama kali merasakan bahawa ini tidak lain dan tidak bukan merupakan kerja para nabi.

Maka wajiblah aku manifestasikan rasa Izzah itu kepada gerak kerjaku. Kerana akhirnya aku tidak tahu, sama ada aku mampu untuk terus thabat dalam jalan ini, atau aku akan gugur dek hasutan nafsu.

Ya Allah, aku mahu menjadi sebahagian daripada gerabak ini!


Pada hari ini, Mesir menjadi saksi saat pemisah antara haq dan batil.
Jalan-jalannya diterangi cahaya jihad fi sabilillah!
Tetapi aku juga yakin, suatu hari nanti, negaraku pasti berdarah.
Saat itu, al-haq pasti jelas menyuluh dalam kegelapan batil.
Pada saat itu, aku hanya dapat berdoa, agar hatiku teguh walau digoncang badai.


Jalan masih panjang..
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. - An-Nasr