Burned Out

Salaam..

This is my first semester being involved in a full-scale IT project. And it had to be a multi-national company(we vollunteered. it was worth it). Essentially the project is about implementing an inter-departmental service repository which solves many redundancy and time issues in the company.  The system managed to automate what used to take 3-4 months to complete, into mere seconds.

It was(and is) a great experience working on a real-life project. It gave me a glimpse of what is to come in the future. It was great. i loved it. But i was burned out. I spent my days going to class and joining meetings, and my nights doing assignments and coding. I barely had time for myself. I guess now I know what it's like to be my dad. He got out to work at 6am, came back home at 12; only to rest his head for a few hours.

I can reflect on the passion that he must've had with his work and I can feel the pressure that he must've felt just trying to deliver successful results. I, too, felt committed with the project and at a point, became attached to it. I was never a good coder, so I really wanted to prove a point, this time. Alhamdulillah, it went great and the client is very much happy with the product (although it's still incomplete at this point.).

The project in its entirety gave me a new perspective; a glimpse of the challenges that I will be facing in my future career. More importantly, it gave me an understanding of how hard it will be to balance social life, family life, D&T, as well as self-development. It's daunting to forecast what's to come but what's important now is for me to live in the present, and to adapt to the challenges to come. You know what they say, as the going gets tough, the tough gets going.

Syahdu.

Esok merupakan salah satu hari bersejarah dalam sejarah kebangkitan Islam yang kedua.
Presiden Mesir yang sah, bakal dibicarakan setelah 4 bulan berada di belakang sel penjara.
Sungguh, pasti syahdu suasana apabila pertama kali disiarkan wajah seorang mujahid Islam selepas 4 bulan di dalam tahanan. Wajah seorang pahlawan yang telah menggegarkan dunia abad ke-21.


Sungguh, diri amat berasa syahdu dek perbicaraan yang semakin hampir. Aku berbangga kerana dapat menyaksikan sebahagian daripada penulisan sejarah baru kebangkitan Islam. Kalau aku dahulunya cemburu kerana tidak dapat menyaksikan salahuddin al-ayyubi beraksi di atas kudanya, atau melihat Umar Al-Khattab menggegarkan kota makkah dengan seruan tauhidnya, kini aku dapat menjadi sebahagian daripada sejarah Islam yang bakal tertulis. Kini aku dapat mengenali, begini rupanya seorang pejuang Islam, berjuang menentang kefasadan tanpa menghirau tuntutan nafsu si kafir yang menentang.



Sunnatullah bahawa perjuangan Islam pasti akan diuji dengan tentangan kuat. Walau apa strategi, helah mahupun kepetahan berdialog yang digunakan para muslimin, pasti Allah akan menguji setiap jiwa yang berada di jalan jihad menegakkan agamanya. Pasti akan diuji dengan musuh-musuh yang tidak kenal erti lelah.
Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).  - as-Saff
Aku amat berbangga kerana pada esok hari, bakal tertulis bahawa jasad ini sedang menyaksikan rentetan peristiwa kebangkitan Islam. Aku merasa dekat dengan sirah nabawwiyah. Buat pertama kali merasakan bahawa ini tidak lain dan tidak bukan merupakan kerja para nabi.

Maka wajiblah aku manifestasikan rasa Izzah itu kepada gerak kerjaku. Kerana akhirnya aku tidak tahu, sama ada aku mampu untuk terus thabat dalam jalan ini, atau aku akan gugur dek hasutan nafsu.

Ya Allah, aku mahu menjadi sebahagian daripada gerabak ini!


Pada hari ini, Mesir menjadi saksi saat pemisah antara haq dan batil.
Jalan-jalannya diterangi cahaya jihad fi sabilillah!
Tetapi aku juga yakin, suatu hari nanti, negaraku pasti berdarah.
Saat itu, al-haq pasti jelas menyuluh dalam kegelapan batil.
Pada saat itu, aku hanya dapat berdoa, agar hatiku teguh walau digoncang badai.


Jalan masih panjang..
Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), - Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai, - Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat. - An-Nasr

Kalimah Allah and Democracy

Salam..

I guess with much fuss on the kalimah Allah polemic, we should take a step back and be more critical and analytical in trying to understand the issue. Most inconclusive debates come as a result of not measuring the arguments based on the same scale of reference.

Looking at the motion of allowing or not allowing the word 'Allah' to be used in the Herald, every scholar agreed on one main point; the original ruling is that the usage is originally 'harus'. but in the end, when christianization agenda is added into the cocktail, the ruling differs to 2 views: it should not be used on a basis of avoiding harm and confusion as well as closing the doors of harm OR it should be used on the basis of tolerance, openness, and equality in terms of rights.

At the end of the day, it is not to be seen as a clash of opinions, but rather, a clash of view points or a clash of information. One party views law as a means of defending aqidah in any ways possible, while the other views religion as a personal choice, or something that is relative to different people, and every person have equal rights. (merely my biased assumption, do correct me if you have a better description).
And there is also the subjective nature of how people define christianization and whether christianization is really a real issue or just a gimmick to scare people.

To provide evidence on the issue of christianization, i bring to you, Hassan Al-Banna from Majmu' Rasail (in BM):
“Pertubuhan Ikhwan al Muslimin telah memainkan peranan yang besar dalam berhadapan dengan ancaman gerakan kristianisasi yang ditujukan kepada golongan kurang upaya dan miskin. Masalah ini bukan sahaja berlaku sejak akhir-akhir ini malah semenjak sekian lama.
Rumah-rumah milik anggota Ikhwan akan menjadi tempat perlindungan golongan yang menjadi sasaran kristianisasi ini. Bengkel-bengkel pertukangan bersedia menjadi tempat pengajian mereka. Sekolah Ikhwan sedia menerima kedatangan mereka. Unit-unit khas Ikhwan mengingatan orang ramai mengenai ancaman Kristianisasi ini.
Gerakan ini mengugat akidah orang ramai dengan mengambil kesempatan kepada kemiskinan dan kesusahan hidup yang melanda untuk menyesatkan orang ramai”

- Buku Himpunan Risalah Hasan Al Banna
And that comes from a country with a relatively smaller percentage of Non-Muslims than Malaysia. If you disagree on the existence of christianization, then so be it. You have your references.

At the end of the day, as incompetent Muslims, we have to leave this debate to the scholars.
Up to this point, there is no real proof that muftis or scholars are corrupted in any way at all, so there could be no accusations to doubt their decisions. If there are corruption, then it should come with proof and should be dealt with.

While Dr MAZA may be credible, majority if not all muftis agree on this ruling. And to disregard their credibility relative to Dr MAZA's is just injustified. Perhaps Dr MAZA or UAI might be able to eloquently capture the hearts of many but it doesnt mean that their words are any more superior than any other scholars.
I am sad because scholars like Dr Zulkiffli Al-Bakri (one of the few people in this world that i highly respect because of his knowledge) was disregarded and not given any spotlight in his views.
I am sad because Harun Taib, the Leader of PAS Ulamak Council, who holds a PhD in International Politics, Masters in Political Syariah, and a Bachelors in Usuluddin is regarded as JUST ANOTHER SCHOLAR-with no say whatsoever.
I am sad that very competent scholars like Dr Aznan Hasan is also considered just another ISMA member. When his admirable achievements are many.
I can even quote Nik Aziz prior to 2013 election on his view regarding this issue, but that wouldnt be such a fair argument since times have changed.

Where is the real position of Ulamak in your life?
Are they just a means to reaffirm your opinion?
Whichever Ulamak supports your views, you agree? Is that how it works?
That's not how it works. At least that's not what you preach to people, right?

Deciding on a fatwa is not like debate. There are disciplines and guidelines that come with it.
Comparing views just by making a comparison of which one have a better example to reaffirm their stand, is merely deciding based on logic. and that's not how religion works.

Yet the saddest thing is not that there are clashes, but the debates that people cause on Facebook which heat up right after court rulings.
The hearings have been conducted for months but debates only started the last couple of days.
Where have you been all this while?
Have you not been informed about this hearing?
Why the sudden uproar?
If you really are to feel that your opinions are superior no matter what, then there is no need for courts or lawyers, or even scholars.
If any, the uproar and debates that happen after the ruling are nothing but means of dividing Muslims.
The judges have decided, the case was trialed in a fair way, both parties gave their arguments and they were heard.
Scholars have given their arguments, and they have came to a conclusion.
We dont live in a dictatorship where only one person decides.
Once a decision is made, as long as it's decided fairly, accept it, and move on.

Do you not trust our judges and lawyers? Do you not trust our scholars?
If not, then why not send your own to court?
It is YOU who claim that Islam is the religion of dialogue. Not me.
This is the essence of democracy-the system that you have been glorifying all this while.
The majority have spoken, and they won (in court, that is).

Hakikat Kehidupan

Kehidupan merupakan satu medan yang penuh dengan pilihan.
Setiap pilihan yang kita lakukan mendekatkan diri kita dengan syurga, atau neraka.
Kadangkala pilihan itu hadir dalam bentuk yang jelas, antara haq dan batil.
Kadangkala pula pilihan itu berselimut didalam campuran.
Hakikatnya Al-Haq tidak bercampur, ianya jelas dan tiada titik pertengahan.
Maka sewajarnya membuat pilihan juga adalah mudah, tanpa sebarang keraguan.

Tetapi ramai yang masih ragu-ragu,
Tentang hakikat percampuran ini.
Akibat takut akan ekstremisme, 
Maka ramai yang memilih jalan tengah. Jalan yang "selamat".
Lumrah kehidupan, mereka yang kekal di dalam zon selesa, tidak akan benar-benar memahami hakikat hidup.
Hakikat kehidupan merangkumi kepayahan mujahadah mencari kebenaran. Bukan hanya sekadar membuat pilihan berdasarkan apa yang dapat dilihat secara luaran.

Berhati-hati ketika menutup pintu hidayah. 
Kerana boleh jadi pintu yang ditutup itu pintu syurga.
Berhati-hati ketika menghukum. 
Kerana boleh jadi nafsu yang menjadi tuhan.
Hakikat hidup sebagai hamba Allah, 
Penuh dengan keterpaksaan. 
Banyak pilihan yang dibuat secara terpaksa,
Atas dasar akhirat, bukan kebaikan luaran.
Banyak pilihan yang dibuat memakan diri sendiri, 
Kerana berkata benar itu tidak manis, tetapi pahit.

Dalam membuat pilihan, pilihlah jalan yang benar, merujuk rujukan yang benar.
Pilihlah jalan yang tidak bercampur baur, meletakkan manual hidup sebagai rujukan utama
Pilihlah jalan yang tegas dengan prinsip, tidak berdolak dalik walau bagaimanapun ia dipandang masyarakat.
Pilihlah jalan yang jelas menuju tuhan, dan tidak mengharapkan apa-apa melainkan syurga.

Sungguh, 
Jikalau redha manusia yang aku cari, maka sudah tentu aku bukan di jalan ini. 
Kerana di jalan ini, aku dipandang hina dan dimaki.
Jikalau kemudahan yang aku cari, maka sudah tentu aku bukan di jalan ini.
Kerna banyak onak dan duri, harus ku rempuh merosakkan diri.
Jikalau kejayaan dunia yang aku idamkan, maka sudah tentu aku bukan di jalan ini.
Kerna kejayaan yang ditawar, hanya kejayaan ukhrawi.

Wahai rakan,
Sebelum kamu membuat pilihan,
Lihatlah dengan mata hati.
Berbincanglah dan bersoal-jawablah.
Carilah dan kajilah.
Lihatlah dengan mata hatimu.
Bacalah dengan jiwa yang merdeka.
Letakkan Allah di hadapan.
dan buanglah persepsi manusia.

Ingatlah,
Hidup di dunia hanya sementara,
Pilihan hari ini, ganjaran hari esok.
Kesilapan di dunia, panas di sana pula.

Ingatlah ya akhi,
Berimanlah walaupun ia pahit.
Bermujahadah walaupun ia sakit.

Ingatlah ya akhi,
Islam dahulunya dagang,
Kini kembali dagang,
Maka beruntunglah mereka yang dagang.

Ingatlah ya akhi,
Bersihkan niat, luaskan fikiran,
Buatlah pilihan, beralaskan doa dan istikharah.

Kerna akhirnya,
Yang kita cari bukanlah redha manusia,
Tetapi yang maha Esa. Walau sesakit mana..

Rijal Dakwah


Amat aku kagumi rijal dakwah.
Mereka yang tidak jemu menyampaikan al-haq, walau disibukkan dengan segala urusan dunia sekalipun.
Mereka yang tidak pernah berkata 'tidak', apabila diberi tugasan dakwah.
Mereka yang diberkati masanya.
Mereka yang dipermudahkan urusannya..

Tak pernah kenal erti penat.
Tak pernah mengeluh walau sekali
kerana yang mereka harapkan, tidak lain hanyalah redha Illahi..

Sungguh, aku kagum, akan rijal dakwah!
Moga aku juga menjadi seorang daripada mereka..


Selagi Masih Bujang

Kalau betul-betul serious dalam agenda hidup, nescaya tak perlu pun nak risau tentang perkara-perkara melalaikan.
Bukankah perkara melalaikan tu hanya wujud ketika mana minda kita tidak fokus?
Maka sewajarnya seorang daie haruslah fokus, sibukkan diri sehingga tidak ada masa untuk lalai.

Teringat kata-kata dr Irfan beberapa bulan lepas,
"Masa belum kahwin ni lah masa entum nak baca buku banyak-banyak. Dah kahwin nanti takde masa dah!"

Akhi Zaizul pula berkata semalam,
"Payah nak gerak mana2 satu family ni, byk benda kene arrange n plan. Teringat balik best jugak jadi student macam antum, dulu pun kami mcm tu jugak, program apa2 pun boleh decide ad-hoc, takde bende nak pikir."

Herm. pengajaran mudah. Walau penting perkahwinan itu, masa bujang harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. 

Jangan tergesa-gesa, penuhi ruang masa dengan sebaiknya,
Tulang belakang yang masih kukuh, gunakan untuk berdiri. 
Darah yang masih panas, berjalanlah merempuhi cuaca sejuk.
Hati yang masih kencang, salurkan keikhlasan pada seluruh anggota.
Bahu yang kuat, gendonglah beban yang berat.



Selamat maju jaya, wahai pemuda.

Lost My Touch?

Salam..
I've been writing a lot of stuff for the past 2-3 months.
But somehow everything becomes drafts as I get midway or to the very end of my post.
I think most of it is because I feel that either what I was writing is a bit inappropriate, or that I'm not proficient enough to elaborate on certain issues.

hmm.. 
As much as I hope to get back into writing, I like the part where I wont be held accountable for unpublished posts.

May Allah guide me to whatever is best for this blog. amin.

"Terima Kasih Pengundi BN, Jasa Anda Kami Hargai"



Merujuk kepada isu semasa serta video di atas, saya amat terkesan melihat perihal anak-anak muda yang sungguh taksub dengan politik kepartian. Amat sedih dilihat apabila kerajaan menaikkan harga minyak, lantas terus dituduh macam-macam.. Adalah biasa rakyat mana-mana negara untuk menuduh macam-macam, tetapi yang pelik tentang Malaysia ialah parti itu melebihi segala-galanya. Sebagai contoh, video di atas jelas menunjukkan sikap gila parti yang saya maksudkan. Yang mereka kata salah ialah BN, bukan kerajaan. Mereka tidak faham perbezaan pra dan pasca pilihanraya.

Memang normal harga minyak akan naik dari masa ke masa. bukan minyak sahaja, bahkan apa sahaja pun. Saya percaya yang menggubal sistem ini bukan BN, tetapi pekerja-pekerja kerajaan yang telah lama memikirkan strategi terbaik untuk negara.

Barangkali apa yang rakyat tidak sedar ialah BN atau PR, perubahan tidak akan banyak berlaku. Hakikatnya yang mengubah sistem itu bukanlah pemimpin, tetapi pekerja-pekerja kerajaan yang terdiri daripada ahli ekonomi, kewangan, dan sebagainya. Yang di atas memanglah berkuasa tetapi hakikatnya, sebanyak mana perbezaan yang dapat tercapai apabila berubahnya sesuatu kerajaan? Persoalan yang perlu ditanya ialah, adakah PR mampu untuk secara majisnya, menghentikan sebarang kenaikan harga?
TIDAK.

Hakikatnya jika PR memerintah dan secara terpaksanya mereka menaikkan minyak, puak-puak penyokong BN pula akan berbuat perkara yang sama. Dan penyokong PR akan terus mengeluarkan hujah2 husnudzon untuk PR. sama sahaja dengan situasi ini.

Keluarlah daripada kepompong politik kepartian. Saya berpindirian menyokong islamis. parti mana yang membawa islam, saya sokong. Kerana saya percaya selagi mana kita melihat dengan mata ekonomi dahulu, dan agama kedua, maka selagi itu kemenangan tidak akan berpihak kepada kita. Memandangkan BN dan PR kedua-duanya bukan parti islam yang kuat, maka saya tidak menyokong mana-mana pihak. walhal saya menyokong calon muslim berwibawa atas dasar keperluan untuk menjaga agama selaras dengan maqasid yang tertinggi yakni hifz-addin atau pemeliharaan agama. nak berbicara tentang isu muslim berwibawa ini satu kes juga.

amat sedih apabila saya melihat isu kenaikan harga minyak mendapat liputan yang sungguh meluas di media sosial tetapi isu kalimah Allah yang akan selesai dibicarakan sepenuhnya pada september 10 ini langsung tidak diendahkan. Haraki atau tidak, saya melihat sama sahaja mereka ini. semua mementingkan isu yang memburukkan pihak lawan, berbanding isu akidah yang juga berkait rapat dengan governance.

Saya yakin isu kalimah Allah kali ini tidak dapat sambutan dek kerana tiada parti politik yang terlibat. dulu apabila pas tegas dengan pendiriannya dalam isu kalimah allah, newsfeed facebook saya dipenuhi dengan artikel kalimah allah. kini, disebabkan kedua-dua PR dan BN tidak mahu menunjukkan sokongan terhadap isu kalimah allah, maka isu ini senyap sunyi. tiada wakil rakyat mahupun calon parlimen yang mahu berkata apa-apa tentang perbicaraan isu kalimah allah. mana pergi singa-singa Allah?





Tiba masanya untuk kuasa ketiga muncul untuk menyelamatkan ummah. Tiba masa kita untuk bangkit dengan membawa panji agama Islam.

Memilih Jalan Yang Lurus

Salam Warahmatullah..

Sedang membelek-belek mesej inbox lama fb untuk cari ilham tulis blog.
Tiba-tiba terkenang akan jahiliyyah yang pernah aku selami..
Wah, ada jugak rasa rindu akan jahiliyyah? Masalah ni..
Hampir-hampir terlamun, teringat pula akan jahiliyyah yang masih belum hilang..

Teringat saya akan seorang sahabat yang pernah bertanya: "Kenapa join usrah ISMA?"
Jawapanku pada 3 tahun lepas, "Saje je.. Join ISMA bukan sebab apa, join usrah je."
Sudah tentu jikalau soalan yang sama diberi, lain jawapannya pada kali ini. :)
Tersenyum mengenangkan a series of fortunate events that have led up to this day.

Hari ini, aku akhirnya dikurniakan masa yang lapang, hati yang tenang, fikiran yang terbuka untuk menulis. Alhamdulillah!
Satu artikel yang sudah lama terbuku di dalam hati, dan sudah lapan draft dibuat tetapi akhirnya semuanya tidak jadi dipublishkan. Buat lah apa pun, kalau ditakdirkan tidak jadi, maka tidak jadilah. Artikel ini insyaAllah adalah satu pengkisahan tentang perjalanan yang telah aku tempuhi selama mencari identiti dan tujuan hidup. Benar kata mereka, empat tahun di Universiti ini akan mengubah hidup anda secara total!

2010, saat pertama kali mendapat sentuhan tarbiyyah. Seorang akhi mengajak tunggu di surau selepas isya'. "aik, ape bende pulak mamat ni nak?". Aku pun menunggu sementara dia pulang ke rumah dan datang kembali. Kembalinya dengan sebuah laptop. Aku terfikir, "Apehal nak tunjuk movie plak kat surau nih??".
Bukanya laptop, dan kami bertiga (akhi itu, jiran saya, dan saya) melihat dengan mata kami sendiri tentang kesengsaraan di Palestin. Memang darah panas ketika itu rasa marah dan hendak serta-merta berdiri dan berjihad. Sebelum apa-apa, Akhi itu menceritakan solusinya. Aku menerima secara umum, walaupun belum benar-benar memahami apa yang dia maksudkan itu.. Tidak lama kemudian, aku di datangi oleh seorang akhi yang mempunyai nama yang sama denganku. Alangkah lucunya setiap kali bertaaruf dengan rakan baru yang lain, kami berdua nama yang sama. sampaikan ada ikhwah yang menggelar aku sebagai Yusri Jr. haha. Akhi tersebut menunjukkan jalan ke arah bersama gerakan islam dengan buku, "Apa Erti Saya Menganut Islam?" oleh Fathi Yakan. Tatkala itu aku hanya mengisi masa lapang dengan usrah, maka semua itu seolah-oleh tidak ada apa-apa input. In a way, macam membazir sahaja beberapa bulan itu usrah tapi tidak berubah. Hmmh jangan judge terlalu awal.. :)

ISMA terus konsisten follow-up di INTEC. barangkali tiada orang lain dari usrah ISMA yang pergi ke US, semuanya tertumpu pada negara-negara lain, maka aku pun mula hilang minat. Aku pergi hanya untuk menyedapkan hati dan tak sampai hati hendak menolak pelawaan murabbi untuk ke usrah. baiklah, aku pergi. setahun selepas itu, di US aku bertemu dengan beberapa orang ISMA, tetapi rata-rata rakan-rakan ku tidak bersama ISMA. Dek kerana jahiliyyah yang masih pekat dan kebebasan hidup yang tinggi di US, tidak ada beza bagi ku sama ada aku usrah atau tidak. Sekali lagi aku berusrah untuk menyedapkan hati aku. Saat itu juga aku bermain kejar-kejar dengan murabbi. "Ada assignment lah",  "takde duit nak pergi daurah", dan sebagainya semua alasan-alasan yang aku pernah keluar. hakikatnya, hati yang hitam itu tidak mahu mencari cahaya. Aku boleh solat, puasa, baca quran, jadi imam, cukupkan? hah, anda muda lagi, Yusri.

Lama kelamaan aku mula mendekati ISMA. Merelakan diri untuk menyertai program, mengambil tanggungjawab untuk memberi tazkirah, dan sebagainya. Aku mula untuk mengenali akhi-akhi yang aku tak pernah jumpa sebelum ini. Hakikatnya setiap daripada mereka memang luar biasa. Luaran seperti pelajar engineering yang lain, tetapi dalaman menghafaz hadis 40, al quran dan sebagainya. Senyuman manis tutur kata yang baik, tetapi bertukar garang apabila agama dicabar. Aku mula mengenal ISMA dan ahlinya. Tapi aku belum jatuh cinta.

IKRAM ni apa pulak??? MISG?? Haluan?? ABIM?? Hmm semua perkara berlegar di dalam fikiranku. Kenapa umat ini tidak boleh bersatu? Bukan semua menyeru ke arah yang sama? Ketika itu aku hanya berdiam diri dan tidak bertanya. Aku malas untuk berfikir semua itu.

PRU 13 menjadi penentu masa depan. dekat 5-7 bulan sebelum PRU 13, ISMA yang dahulunya senyap kini menjadi tumpuan ramai. Dek kerana ramai rakan-rakan daripada jemaah yang lain, aku mula meragui kebersamaan aku bersama ISMA. PRU 13 pula menunjukkan kelantangan ISMA. Semua orang menentang ISMA (kecuali orang ISMA). Adakah aku patut menentang?? Jauh di lubuk hati aku terasa pelik akan jemaah ini. Apa masalah dia, sebenarnya?? apa susah sangat nak menentang korupsi?? "PAS tak relevan???!" Selamber benar jemaah ni keluar statement begitu!

Aku mula berfikir dua kali untuk bersama ISMA atau tidak. Pada satu masa itu hendak sahaja aku pergi ke naqib dan "mengisytihar" bahawa aku tidak lagi bersama ISMA. Tetapi sebelum aku berjaya berbuat demikian, tuhan memberi petunjuk melalui kata-kata naqib ku. Tidak jadi untuk aku bersuara. Malahan sampai sekarang dia tidak tahu akan niatku untuk keluar ISMA. haha
Alasan untuk aku  keluar ISMA bukannya kompleks. hanya kerana aku dikelilingi non-ISMA. pressure yang teramat bersama kefahaman yang kurang mendesak hati untuk membuat keputusan macam-macam.

Akhirnya selama beberapa bulan semasa PRU 13, aku mendekati ISMA secara langsung. aku bertanya apa yang tidak tahu, aku membaca semua beritanya, artikel lain, dan aku membuat perbandingan. Ternyata ISMA langsung tidak bias kepada pembangkang atau kerajaan. Dua-dua dia hentam! dua-dua dia puji.

Sedikit demi sedikit aku menghabiskan  cuti sebulanku pada waktu winter dengan membaca berita dan artikel di internet. pembacaan demi pembacaan, perbandingan demi perbandingan, aku mula mengenal ISMA secara lebih jelas. Apa sebenarnya matlamat ISMA? Ke mana arah tuju ISMA?

Aku mendekati ISMA bermula dengan sejarah penubuhannya. Aku kagum dengan ahli ISMA yang menggunakan dokumen kajian sejarah jemaah yang tidak ditulis oleh ahli ISMA, sebagai rujukan. Aku juga kagum apabila akhi tersebut menyuruh aku membaca lebih lagi artikel tentang jemaah yang berbeza-beza di Malaysia untuk benar-benar memahami apa perjuangan sebenar gerakan Islam yang As-solah. Dia langsung tidak mahu memberi omong kosong untuk mempengaruhi aku. Jelas setiap yang dikatakan diberi bukti dan hasil kajian yang kukuh. Ternyata perkara paling penting bagi ISMA, ialah mereka yang menyeru kepada Islam untuk memahami asal-usul serta matlamat sebenar perjuangan mereka. Bukan sahaja berlegar dengan seruan "jihad" yang tidak beragenda jelas. Aku terus menyertai program-program ISMA dan mengenali manhajnya dengan baik. Aku melihat dengan jelas apa sebenarnya yang dibawa oleh ISMA dan pada masa yang sama, aku mengenali apa sebenarnya perjuangan Ikhwanul Muslimin dan apa perbezaannya dengan gerakan-gerakan yang lain.

Di Malaysia aku melihat mereka yang lantang menyeru kepada jemaah mereka, tetapi tidak memahami priority. tidak mengenal siapa sebenarnya ketua mereka. tidak dapat lihat arah mana sebenarnya seruan mereka. saat itu, aku sedih mengenangkan mengapa perkara sebegitu berlaku? Mana mungkin seorang daie menyeru tanpa memahami apa sebenarnya seruan mereka dan apa beza seruan mereka dengan seruan orang lain?

di Malaysia aku melihat bagaimana ISMA memahami waqi' semasa. Tidak mengaplikasi hukum yang berbeza dalam situasi yang berbeza. aku melihat bagaimana ISMA konsisten dengan pendiriannya.
Teringat seorang ukhti bersuara ketika di dalam program. Dia menceritakan bagaimana beliau pernah menjadi SB (Special Branch) untuk PEMBINA di sebuah ceramah Nurul Izzah di sebuah gereja. Tersebutlah Nurul Izzah tentang "tiada paksaan dalam Islam" yang katanya di aplikasikan kepada muslim juga. Maka esoknya keluarlah pelbagai kritikan tentang pandangannya yang tidak berasaskan disiplin ilmu agama yang kuat itu. Tidak kurang juga daripada PEMBINA/ISMA. Kemudian Nurul Izzah menarik kembali kata-katanya atas dasar kesilapan. Sejurus selepas itu semua ahli di arah untuk menarik kembali artikel mereka yang mengkritik Nurul Izzah itu.
Saat aku mendengar itu, bertambah keyakinan tentang ISMA yang dituduh oleh orang ramai seolah-olah pro-UMNO. jelas, ISMA tidak mengkritik seseorang berdasarkan parti, tetapi berdasarkan hujah dan apa yang mereka bawa.

Terlalu ramai yang bercakap mengenai "kembali kepada islam yang sebenar" di dalam usrah. Tetapi barangkali seruan tersebut tidak difahami dengan berasaskan sumber syara'.
Sebagai contoh yang simple, kita tahu bahawa syarat utama 'Adil yang pernah kita belajar di dalam Agama Islam ialah yang pertama sekali "beragama Islam". Namun mereka yang menyeru "kembali kepada Islam yang sebenar" inilah juga yang menentang keras apabila ISMA membawa slogan "Undi Calon Muslim Berwibawa" yang juga merangkumi tidak mengundi non-Muslim jika tidak terpaksa.
Jadi daripada situ, aku melihat bahawa neraca yang ISMA gunakan bukanlah daripada perspektif barat. 'Adil' yang ISMA maksudkan  bukanlah adil seperti Obama mentakrifkan adil. Tetapi adil yang dibawa oleh ISMA tidak lain dan tidak bukan adalah berasaskan syariat. Aku melihat penghujahan ISMA dalam PRU 13 adalah bersifat akademik berasaskan syariat dan rata-rata orang lain hanya mengatakan tentang "keadilan" pada neraca RAND corporation. Aku mellihat skop ghazwatul fikr yang ISMA bawa menjangkaui hanya pihak barat dan melihat secara kritis akan aplikasi serangan pemikiran tersebut di Malaysia dan bukan terhad kepada "orang putih". Aku melihat akan ketegasan ISMA untuk mempertahankan negara Islam ini daripada dibuang sedikit demi sedikit dari segi pentadbiran dan struktur, sementara orang lain sibuk hendak berhujah dan berdebat atas dasar toleransi. ISMA faham bahawa pembinaan negara Islam yang sempurna itu bukannya datang daripada hancurnya sistem Islam oleh mereka yang mahu membinanya.
Aku melihat ISMA memahami toleransi yang dimaksudkan oleh Syed Qutb dan Hasan Al Banna dalam hubungan dengan non-Muslim.
Apabila keluar kempen "boikot produk non-Muslim" yang akhirnya ditukar menjadi "sokong produk Muslim" (nama yang berbeza, maksud yang sama), ramai yang menentang atas dasar tidak mahu rasis, atau kita hidup bermasyarakat. Ya Ikhwah! Imam yang sama yang menulis risalah anda itu jugalah yang berkata, jangan biar satu sen pon masuk ke poket bukan Islam, kenapa kamu menentang? Jelas toleransi yang diperjuangkan oleh sesetengah pihak memakan diri mereka sendiri apabila yang mereka perjuangkan itu sebenarnya tidak menyokong tindakan mereka itu. Barangkali bercampur aduk rujukan dengan rujukan liberalisme, humanisme dan sebagainya. Ya akhi, pelajari tentang liberalisme di Malaysia dan anda akan lihat apa yang ana lihat..

Sungguh, kini baru jelas aku fahami apa maksud ISMA apabila mengatakan "PAS tidak relevan". Dan aku juga yakin ramai yang boleh setuju kini bahawa PAS sudah tidak relevan. Tatkala undang-undang anti-syiah digubal di Kedah, kesemua DUN yang di parti BN bersetuju, kesemua di PKR tidak mengundi, maka PAS pula menolak. Sungguh pelik seruan islamis ini.

Jelas, masalah yang paling besar kini ialah melihat buta-buta dengan mata parti. undian anti-syiah pun boleh terbahagi mengikut parti. SUNGGUH, aku pelik dan aku sedih. Hentikan seruan mengikut parti. yang mana baik dari parti apa pun, kita sokong, yang mana buruk daripada parti apa pun, kita tolak. Selagi belum ada parti yang benar-benar serious dan jelas memperjuangkan Islam tanpa kepentingan seperti FJP, maka tidak wajar kita bias kepada mana-mana pihak.

Rata-rata aku sangka mungkin ramai yang tidak suka akan ISMA kerana menyangka bahawa ISMA ini hanya sebuah gerakan yang suka mengkritik. Wallahi terdapat ramai ahli kami yang sedang menjalankan tugas mereka. Tua mana pun ahli itu, dia masih mengikuti usrah dan masih perlu bekerja di bawah ISMA.

Aku menyeru anda yang membaca ini untuk mengkaji sejarah penubuhan ISMA serta jemaah lain melalui pembacaan dan bukan ucapan-ucapan naqib semata-mata. Aku menyeru anda yang membaca ini untuk membaca Risalah Tsulasa' oleh Ikhwan, dan aku menyeru anda untuk serious dalam mencari jalan kebenaran.

Sebenarnya, jalan ini bukan jalan suka-suka atau jalan fanatik. Ini adalah jalan ke syurga. Maka selidiklah sehabis baik sebelum anda benar-benar terokai jalan ini. Jangan sudah sampai jalan mati baru hendak berpatah balik. Janganlah seruan anda pula membawa anda  dan orang lain ke jalan yang tersimpang. Sungguh, itu perkara yang amat merugikan. Fikir masak-masak dahulu sebelum menyeru. Jangan atas dasar ukhuwwah, anda tidak mahu menerima fakta. Sungguh, aku dahulu hendak keluar daripada ISMA atas dasar ukhuwwah yang kuat dengan orang bukan ISMA. tetapi ukhuwwah itu bukanlah penentu hidup matiku.

Ingatlah, dunia ini hanya sekali dan kebenaran itu tidaklah relatif. Yang relatif itu hanyalah sudut arah point of reference.

Buat yang mengenali, aku terbuka untuk menerima sebarang soalan mengenai ISMA. Hubungilah dengan medium yang sebaiknya.
Barangkali post ini mungkin yang pertama dan terakhir buat beberapa ketika ini. Harap post ini amat membantu anda dalam mencari jalan yang lurus.

Selamat beramal. Moga kita semua diberkati Allah atas usaha kita. Moga Allah redha atas kita.

#Keahlian ISMA: 4004
ISMA US CANADA.

Between childhood and adulthood

Bismillah..
It's Day 2 of Fall semester and my body is feeling the stress as I overcome jetlag and adjust to a new semester.
It's almost surreal to realize that i am already three-quarters through and finishing the last leg of the race.
It's my third year at RPI and i already consider myself to be a senior (although technically i'm a junior).
There's definitely a different feeling coming back to Troy after almost 2 months of refreshing break with family and getting a fresh new perspective on life while being around fellow ikhwah in Malaysia.
As I look at the course loads that i am going to carry throughout the semester, i start to have second thoughts of what I am doing.
i question, why am I doing all this? Why burden yourself with limited amount of free time?
Why max up all your credit hours and work 16 hours a week? Is it for the money? Is it worth it?

It made me realize that i have for so long been neglecting my wants. And it made me think, if I am not satisfying my wants, then what am i trying to satisfy?

Perhaps the obvious answer would be to satisfy my duty as a servant of Allah but as to how far the truth behind that goes, only Allah knows.

I realize now that i have long left the passage of childhoodness and immaturity but whether I have boarded the coach to maturity and adulthood, is another question left unanswered.

I used to dream of wearing suits and go to corporate meetings but as i get closer and closer to my dream, I realized that what I wanted was just a cosmetic show of power. and that's exactly the problem that I see with the current generation (my friends and colleagues). We're too focused on the cosmetic aspect of things that we forget about the purpose, value, and responsibility that comes along with the silk tie. Perhaps this might be the reason why so many Malaysians are so unpassionate about what they do, because they lack value and purpose. During my Summer break i have had many thought-provoking conversations which has truly opened my eyes to fundamental issues such as the Malaysian mentality. Normally such conversations would be around scholarships and PTPTN.

One of the biggest problems that i see is that many scholars today do not understand their roles in the society. When asked, "why did you apply for such and such degree", many would answer "I dont know" or "It seemed intersting". Some good answers would include job prospects and some level of interest. However what i saw was a huge lack of passion in what they are pursuing. I continue by asking "What do you wish to do after graduation?" then a lot of idk's would show up and to me, this is worrying.

I am a firm believer that you should not set foot onto something untill you truly understand where it is taking you and what you expect to get from a certain experience. It is saddening to hear people who gets hundreds of thousands of Malaysian taxpayers money to suddenly get off field once they graduate. It's saddening not because they are leaving the field of study, but because they never even tried to commit to it in the first place.

Alhamdulillah, it's my third year and i am loving what i am pursuing. I hope that some day I can truly be the investment that MARA wanted in the first place. I have to admit, after seeing the course load that I have to go through this semester + work + extra curricular stuff and balancing that with ISMA, I started having second thoughts about pursuing Master's during my fourth year. But in the end, I felt such obligation to make full use of this youth that Allah has given me, and the financial benefit that I have been blessed with. Too many of us have been influenced by the hype of arab spring that we only see the negative side of the government. Honestly I feel blessed to have received this scholarship and i take it as a job, an occupation.

Too many of us are wasting time trying to fight the system rather than trying to make it work. I refuse to be one of those people.

Besides, 21 is the age when Al-Fateh conquered constantinople. If he can do it, why not us ? :)

A Doggy Raya

Salam..
I somehow feel obliged to write on my views on the current hype of the "raya with dogs" video.

I feel that its a two-part thing going on here.

1) She made that video to promote love and compassion towards dogs.
2) Acts of washing the dogs' paws mimic ablution or wudhu'.

To those who have yet to watch the video, please do so before reading on.

I feel that while #2 is causing her to get jailed, but #1 is much stronger in intention, and purpose of the video.
However, we cant rely on the machiavellian principle of 'the ends justify the means', and thus, #2 would put her in a much more complicated situation (as she is right now).
and if #2 is the reason she made the video in the first place, then yes, she is obliged to be under the law.

If you ask me, i feel that she deserves to be slipped off this case as the purpose of the video does not seem to be very harmful. However, it was her own mistake that got her in this situation. she touched on a sensitive issue and her bad movie making skills(which caused so many interpretations) has pushed her to the wrong side.

I hope that her case gets sorted out. If punishment is what she will get from JAKIM, then i trust that JAKIM must have a stronger reason then "there are dogs" in this video, and i am sure that they do + they're just following guidelines.

wallahualam.

Jelas

Salaam..
alhamdulillah perhimpunan mahasiswa isma luar negara seluruh dunia kali ini amat-amat memberi impak kepada diri.
diri yang mungkin sebelum ini masih agak kabur tentang agenda hidup telah dapat lihat jelas apa yang tersirat dan tersurat.
sesungguhnya kita hidup di zaman fitnah dan tidak lain dan tidak bukan harus mengkaji asal usul dan agenda sesuatu perkara/badan sebelum mengambil tindakan.

tanpa kefahaman dan kajian yang mendalam, nescaya tindakan kita hanya bagai orang buta yang berjalan di dalam hutan yang gelap.
mereka yang tidak ambil ibrah daripada isu mesir sudah tentu tidak akan dapat maju ke hadapan.
telah ku dapat berbagai perkongsian pengalaman daripada ikhwah mesir. ada yang sampai kene penjara. moga allah timpa balasan setimpal terhadap mereka yang teraniaya.

di malaysia pula sibuk isu umno vs pas. yang pas tidak lain akan sentiasa salahkan umno dan umno tidak lain akan sentiasa salahkan pembangkang. isu yang perlu dilihat adalah lebih besar daripada itu. dunia ini lebih besar daripada pas dan umno.

jelas pencairan liberalisme dan islam tidak akan boleh berlaku. jikalau bertembung dua perkara ini maka hanya akan terjadi dua perkara: pencairan islam menjadi moderate seperti di turki, atau islam terus ditentang seperti di mesir

wallahualam. bersiap sedia untuk masa hadapan.

Tarbiyyah Keras

Salah satu perkara yang membuatkan aku masih lagi berada di atas jalan ini, ialah kerana teguran-teguran yang keras dan tidak berlapik daripada ikhwah2.

salah satu pengajaran penting daripada jaulah ISMA US baru2 ini yang ana dapat, ikhwah yang tidak ditarbiyyah dengan keras tidak akan kuat dalamannya dan tidak akan ada disiplin.

Wallahi jiwa ini tidak hanya tersentuh oleh keindahan dan kelembutan, malahan terbentuk oleh ketukan2 yang akhirnya menbentuk satu jiwa yang kuat dan tegap.
Tambahan kadangkala ada ikhwah yang terlemas dalam kecintaan ukhuwwah yang berlebihan sehingga melembutkan jiwa seperti singa menjadi seekor kucing yang kecil.

Masih terngiang2 nasihat seorang akhi yang berkata "sangat tidak berakhlak!" dengan tegas terhadap tindakan ku.

Wallahi, pukullah jiwa ini sehingga keras dan tidak dapat dibentuk lagi. aku izinkan!

Di Sebalik Siyam

Assalamualaikum

I guess its not too late to say selamat menjalani Ramadhan! Ramadhan Kareem! Kullu 'am wa antum bi khair! May you be blessed throughout the year!

Ramadhan dinantikan oleh ramai muslim di seluruh dunia dan disambut meriah dengan pelbagai alasan dan niat. Ada yang menyambutnya dengan penuh ghairah dan menantikan bulan marathon ibadah yang mengganda-gandakan pahala ibadahnya! ada yang menantikan ramadhan dengan rasa gembira kerana ruh ramadhan itu membawa kelainan pada ibadahnya, menusuk hati seakan-akan ramadhan itu satu cahaya yang mengubah persekitarannya. ada pula yang gembira kerana waktu ini semua kerja lain dapat dikurangkan dek bos pon pendekkan waktu kerja, sekolah pun tidak beri kerja rumah yang banyak, dan aktiviti-aktiviti extra-curricular dikurangkan baik di pejabat, atau di institusi pendidikan, maka dapatlah dia fokus dengan ibadah-ibadahnya.

Sejujurnya sehingga ke hari Jumaat yang lepas, yang aku nampak tentang erti Ramadhan itu ialah untuk beribadah dengan banyak, agar berakhirnya ramadhan, dapat kita istiqamah dengan ibadah (baik sedikit atau kurang). Bak kata orang, ramadhan itu satu madrasah tarbiyyah.

Apabila menyebut Ramadhan, terus terlintas perkara pertama yakni as-siyam (sod-ya-alif-mim) atau puasa; menahan diri daripada lapar dan dahaga (dan perkara yang membatalkan puasa). Dan sinonim dengan ibadah itu ialah qiyam (qaf-ya-alif-mim) atau bangun malam untuk beribadah kepada allah. Tidak terlupa juga dengan tilawah, taraweekh, sedekah dan sebagainya.

Ramai antara kita yang melihat Ramadhan sebagai bulan peluang keemasan untuk fokus dengan tahajjud dan meningkatkan taqwa kepada Allah SWT. Taqwa yang hadir atas rasa takut yang mencampakkan diri ini jauh dari ranjang tidur dan bersujud di atas sejadah. Namun di sebalik ibadah tilawah, tahajjud, dan taraweekh itu, kita lupa aspek yang paling penting dalam arahan Allah pada bulan puasa ini yakni As-siyam.

"Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum kamu. Moga-moga kamu bertaqwa." - Al-Baqarah 183

Maka fokus pada bulan mulia ini sudah tentulah pada as-siyam itu sendiri kerana ia merupakan arahan terus pada ayat ini dan juga WAJIB dilakukan selama 30(+-) hari ini berbanding dengan perkara lain yang sunnah dan amat digalakkan.

Jadi mengapa siyam?

Menahan diri daripada lapar, dahaga, serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Mungkin jelas pada anda bahawa segala penahanan diri (self-abstinence) ini adalah satu bentuk pembebasan diri daripada tunduk akur kepada tuntutan nafsu. Supaya keperluan hati itu mengatasi keperluan tubuh badan yang lain. Dan atas dasar itu, taqwa atau rasa takut kepada Allah SWT timbul di dalam hati.

Tetapi yang mungkin kita sering abaikan ialah kepentingan taqwa dalam ibadah. Salah satu syarat-syarat khusyuknya seseorang dalam solat, bahkan rasa khusyu' dalam apa-apa ibadah sekalipun ialah rasa takut dan kerdilnya diri ini berbanding dengan kebesaran illahi. Taqwa itulah yang membezakan ibadah itu sama ada sekadar amalan atau satu sikap ubudiyyah atau penghambaan kepada Allah SWT.

Maka dikesempatan Ramadhan ini, ayuh fokus kepada penghayatan siyam. Puasa dalam erti kata membebaskan diri daripada cengkaman nafsu dan meletakkan hati yang bertaqwa kepada raja kepada segala gerak geri kita. Agar apabila hati itu tunduk kepada Allah, maka seluruh tubuh badan itu juga tunduk kepada Allah SWT.

30 hari yang cukup kritikal dalam pentarbiyyahan umat islam ini merupakan medan latihan yang Allah SWT berikan kepada hamba-hambanya. Sepertimana lazimnya latihan itu dijalani dalam keadaan yang lebih ringan berbanding realiti satu perkara itu. Contohnya seperti waktu kita kecil, latihan untuk berjalan itu diberikan dengan iringan tangan daripada ibu bapa, dan apabila tiba waktunya, dilepaskan untuk berjalan sendiri di dunia sebenar. Begitulah tarbiyyah Ramadhan. Diikat bisikan-bisikan syaitan agar dapat melatih diri untuk bertaqwa dalam menghadapi setahun yang akan datang, "moga-moga kamu bertaqwa."

Nasihat Ramadhan untuk diri sendiri, dan anda
  1. Hayati Ruh sesuatu ibadah itu. Apa maknanya taraweekh 20 rakaat sekiranya menguap-nguap setiap masa dan fikiran melayang pada sepanjang 20 rakaat?
  2. Fokus kepada konsistensi (istiqamah), bukan quantity. “Dan sesungguhnya amal yang paling Allah sukai ialah yang terus-menerus / istiqomah dikerjakan walaupun sedikit.” (HR Abu Dawud 1161)
  3. Lihat menjangkaui Ramadhan. Apakah amal yang anda mahu bawa daripada Ramadhan ini sehingga setahun akan datang?
  4. Penyingkiran amalan jahiliyyah. Apa yang telah anda kurangkan sewaktu ramadhan atas alasan takut merosakkan puasa, adalah most likely satu amalan jahiliyyah yang tidak membawa sebarang kebaikan, maka ayuh usaha untuk singkirkan once and for all!
  5. Pengurusan masa untuk ibadah khusus dan amalan seharian. Fikirkan apa cara yang terbaik untuk menguruskan masa untuk beribadah pada dan selepas bulan puasa dan mengimbangkan urusan akhirat agar tidak melupakan urusan dunia. "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia..." - al-qasas:77
  6. Muhasabah Ramadhan yang lepas; apa yang kurang, apa yang berkesan? Mungkin tilawah pagi di atas katil tidak berkesan pada tahun lepas? Janganlah ulangi! 
  7. Muhasabah setahun yang lepas. Apa yang menyebabkan amal ibadah berkurangan selepas ramadhan yang lepas? Adakah terlalu banyak berkawan atau mungkin terlalu lambat tidur? Jika amal anda tidak berkurangan, maka apa perbezaan yang anda buat sehingga tidak berkurangan langsung?
Wallahu'alam

Kubur

Salam..
Tadi lepas isya', dpt dgr kisah yg sungguh menakjubkan drpada imam mukhtar. Kisah benar drpada salah seorang ahli keluarga salah seorang ikhwah dr komuniti muslim di troy. Kisah tentang seorang hafidz(adik atau abg kpd ikhwah tersebut) yg kematian ibu mereka bru bberapa minggu lps. Dan setiap hari si hafidz ni pergi baca quran di kubur ibunya.
Tiba2 satu hari dia tidak pergi. Malam itu beiau bermimpi, ibunya bertanya di manakah abdullah? Seolah2 gambarkan rse hairan knapa anaknya tidak datang.
Dan mimpi yg sama dialami oleh adik/kakaknya..

Subhanallah.. buat diri yg lupa ini berasa sedar bahawa hidup ini berterusan selepas mati

Dan saat itulah juga aku teringat akan bapaku. Betapa aku ingin pulang untuk bersama keluargaku ttapi tidak teringat langsung utk ziarahi beliau.

Ya abi you shall hear my voice soon, insyaAllah!

To those with a father, be kind towards him.

"What will become of me?"

Salam..

As i looked at my late dad's picture, i cant help but wonder,
When will my time come? 
Will I live the same life he lived?
Will I be better than him? 
How will I die?
Will my life be just another waste of oxygen, or will it benefit the ummah?
Will i be resurrected with my deeds speaking on my behalf?
or will my tongue bring forth immense heat?
What will become of me?

He lived his life, he did what he could do.
Now it's my turn. That's just how life is.

While we can, let's make it right.
Even if we cant make it right, lets strive for it.
For if we dont get to heaven because of our deeds, 
At least our efforts will gain Allah's mercy.

As i think about death,
i cant help to ask myself;
What is the purpose of life?

"And i did not create the Jinns and mankind except to worship Me."

While the ayat is simple, the meaning is deep.
Humans in general are always slaves; whether we know it or not
We were born not being able to choose which race we are from, or what color is our skin, or how rich or poor we are. We are slaves to the situation.
We always have the urge to eat, to feel happy, to satisfy our sexual desires. We are slaves to our desires.
We care about what people think, how people perceive us, what ranks we belong to, which society/group we associate with/ how much money we make. We are slaves to the society.

Yet Islam comes to liberate us; from being slaves to all of those things, to be the slaves of Allah. From being trapped in the narrowness and unfair world, to the vast and just hereafter.
From the words of Rab'ie bin Amir, 
“God sent us, and He brought us here in order to lead whom He wills from the worship of man to the worship of God alone; from the narrowness and oppression of this world to the space and abundance of the hereafter; and from the injustice of other religions to the justice of Islam. He has sent us with His religion of His creation, to call them to Him.”
May we live up to that standard of an 'Abid.

"You think I dont know all of this is against Islam?"

Assalamualaikum..

Semalam hari yang bersejarah kerana tatkala anda sedang sibuk , Muktamar Ulama' Ummah mengisytiharkan Syria sebagai tanah Jihad.
dan antara resolusinya;
3) Wajib untuk menyatukan semua negara-negara Islam secara amnya dan menyatukan Mujahidin khasnya. Dan jika mana-mana pihak yang mempunyai pertikaian, kita kembali kepada al-Quran dan Sunnah.
Ikhwah fillah sekalian,

Pagi ini ana dikejutkan dengan satu pendedahan tentang kesan daripada perang Syria. Ramai pelarian-pelarian Syria mencari perlindungan dan kestabilan ekonomi di Jordan dan ramai daripada wanita-wanita Syria terpaksa menjadi pelacur untuk menyara hidup mereka. Apabila disoal, mereka berkata;
"You think I dont know all of this is against Islam?"
Berniqab penuh, tapi terlibat dengan pelacuran, hanya untuk mencari wang untuk menyara anak-anak mereka. ada pula remaja-remaja wanita yang dibayar untuk berkahwin selama 2 bulan hanya atas dasar memuaskan nafsu lelaki.

Sedih teramat.
Tidak terbayang perkara sebegini sedang berlaku kesan daripada kezhaliman Basyar Al-Assad. Moga Allah sungkurkan beliau dengan balasan yang sebaiknya. Keadaan ummat hari ini amat tenat. Tidak ada masa lagi, ya ikhwah. Palestin sedang bergolak sejak hampir seabad yang lalu. Syria mengalirkan air mata darah. Pattani menjadi saksi penindasan besar dan diskriminasi yang teramat. Ketahuilah, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membantu ikhwah kita yang benar-benar dizhalimi.
Bukankah setiap mukmin itu bersaudara? Takkan aku biarkan kakak-ku melacur hanya kerana mahu mencari sesuap nasi.

Ya, kita perlu perubahan. Tapi perubahan yang kita cari bukanlah perubahan yang meletakkan barat sebagai penanda aras. Sistem barat sudah semakin goyah dan sedang dalam era kehancuran. Sebagaimana empayar amerika itu naik dengan idealisme-idealisme barat yang direka hasil kotak pemikiran manusia yang sempit, sebagaimana itu juga ia akan jatuh. Kini, kita lihat sedikit demi sedikit, kebebasan bersuara hasil daripada pihak Amerika Syarikat itu memakan diri mereka sendiri. Kapitalisme sedang menjatuhkan bank-bank yang mempromosikan sistem itu sendiri pada awalnya. Bumi barat sedang tenat.

Ikhwah,

Konsep demokrasi, perkauman, kebebasan, kezaliman, semuanya harus 100% merujuk al-quran dan as-sunnah. Kita yakin bahawa hanya ada satu sistem yang pernah berdiri teguh dengan melayan semua agama, bangsa dan kerakyatan dengan adil dan saksama selama ribuan tahun dan akhirnya jatuh akibat percampuran ideologi barat dan Islam. Maka berhati-hatilah dengan serangan pemikiran ini. Ingatlah bahawa serangan pemikiran bukanlah suatu perkara yang terang-terang diisytiharkan malahan serangan-serangan ini secara senyap masuk ke dalam rumah umat Islam.


Solusi yang kita cari pada zaman ini bukanlah solusi yang bersifat sementara atau Islam tampalan tetapi solusi yang bakal menentukan kesejahteraan seluruh makhluk di alam ini buat berabad yang akan datang biizhnillah. Ingatlah bahawa solusi dalam skala ini bukanlah solusi yang simplistik dan ianya memerlukan pengorbanan daripada jiwa-jiwa pemuda yang kental dalam satu gerak kerja yang tersusun dan memerlukan disiplin yang tinggi serta kefahaman yang mendalam akan agenda perubahan ummah.

Ikhwah,

PRU 13 menjadi bukti tentang perlunya kita akan calon-calon muslim yang benar-benar berwibawa untuk mewakili suara umat Islam dan membawa keadilan Islam ke muka parlimen. Amat sedih dengan pemikiran yang sering kita lihat pada masyarakat Melayu sekarang; "oh, tidak apa, kalau aku tidak lakukan, orang lain akan buat."
Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha untuk mengubahnya! Negara ini perlukan pemimpin-pemimpin yang akan menegakkan agama Islam agar menjadi tulang belakang negara ini. Negara ini memerlukan jiwa-jiwa yang sanggup meletakkan dakwah mengatasi pengajiannya dan meletakkan pembangunan keadilan Islam mengatasi agenda-agenda lain.

Segalanya bermula daripada sekarang, saat anda menyedari kepentingan perubahan ummah. Semalam sudah berlalu dan ianya tidak akan kembali. Esok masih menanti dan nasib anak-anak kita masih belum pasti. Ayuh sama-sama kita bina kubu di dalam hati ini, kita perkasakan diri dengan ilmu, kita ketuai arus perubahan ummah. Sebagaimana generasi ta'sis di zaman Rasulullah SAW diwajibkan oleh Allah untuk menunaikan solat tahajjud setiap hari selama setahun (rujuk tafsir al-muzammil), seperti itulah kita perlu membina asas kita; melengkapkan diri dengan ibadah yang ikhlas kepada Allah Azza Wa Jalla.

Ingatlah, matlamat kita bukannya untuk semata-mata memberitahu orang tentang Islam, tetapi matlamat kita lebih besar daripada itu; untuk membina jiwa-jiwa peribadi muslim yang akhirnya akan mentadbir alam ini berlandaskan keadilan Islam. Kalau tidak kita, siapa lagi?

Ayuh bersama-sama kita bina jatidiri Muslim, kita bina kubu di dalam hati ini, kita persiapkan minda dengan ilmu dan kefaqihan yang mendalam, kita kukuhkan ukhuwwah sesama kita dan kita dirikan satu saf yang rapat dan tersusun. Ingat, satu hari nanti semua daripada kita akan berdiri tegak di padang mahsyar dan akhirnya akan disoal akan setiap yang kita lakukan di dunia. Adakah kita hanya melihat? Bukankah mereka di Syria dan Palestin itu saudara kita? Mereka perlukan kita!

Ini bukan seruan untuk anda, ini seruan untuk kita semua!

Kemana pergi Singa-singa Allah?

Salam..
saya lihat kini terdapat golongan yang menggunakan hujjah "rahmatan lil 'alamin" untuk menyama-ratakan orang muslim dan musyrik atas dasar "memudahkan dakwah".

Masyarakat Majmuk

Malaysia merupakan negara yang cukup kompleks atas sebab wujudnya masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Maka timbullah isu bagaimana hendak mewujudkan negara Islam di negara seperti ini? Sudah tentunya jawapan ialah rujuk kepada penubuhan kota Madinah di mana terdapat percampuran agama yahudi  dan Islam dalam masyarakat Madinah. Saya tidak akan menyentuh isu piagam Madinah kerana saya bukanlah yang selayaknya.

Tetapi kita lihat dalam isu masyarakat majmuk di Malaysia, terdapat sedikit double-standard dan tolak ansur yang teramat sedang berlaku pada kaum tonggak yakni Melayu. Bagaimana jika keluar apa-apa yang berkaitan dengan Melayu, maka isu tersebut dianggap rasis. Maka keluarlah dalil-dalil "rahmatan lil alamin" dan sebagainya. (wallahi saya terima Islam itu memang rahmatan lil alamin, langsung tidak ada kontradiksi, namun aplikasi pada situasi ini mungkin perlu diperbetulkan) Tetapi jika dalam situasi kaum lain, apa-apa usaha mereka ke arah memperkasakan kaum mereka dianggap "hak" dalam kepelbagaian kaum. Jikalau kaum cina menolak sesetengah perkara berkaitan Melayu, kita kata itu keadilan, kita tak patut jadi rasis. Tapi jikalau kaum Melayu menolak tuntutan orang Cina, dikata itu rasis dan kaum cina ada hak mereka.

Sebenarnya kesemua kaum ada hak untuk menyuarakan dan memperjuangkan hak masing-masing. Dan saya sendiri percaya ketiga-tiga kaum utama akan mencapai titik persefahaman antara kaum apabila sistem Islam diambil pakai. Wallahi banyak lagi yang saya perlu kaji dalam bab aplikasi sistem Islam dalam masyarakat majmuk. Cuma yang ingin saya tekankan di sini, janganlah kita double-standard. Bila kaum sendiri perjuangkan hak, kita tegur kata rasis. Tetapi kaum lain perjuangkan hak, kita berlemah-lembut toleransi..
Contohnya sistem vernakular yang terang-terang menentang perlembagaan dan langsung tidak membawa kebaikan kepada permuafakatan antara kaum, malahan membesarkan jurang perhubungan antara kaum, masih lagi diteruskan dan majoriti mengambil sikap untuk berdiam atas dasar "takut untuk mencetuskan api antara kaum". Tetapi, apabila tiba isu UITM yang jelas di sisi perlembagaan, dan dipertikaikan oleh SUARAM, hampir semua(terutama NGO) senyap kerana sekali lagi takut untuk digelar rasis.

Ingatlah, berlemah lembut dalam berdakwah, namun janganlah berkompromi. Kalau kita hendak berlemah-lembut dengan kaum lain atas dasar dakwah, sampai bila pun negara Islam tidak akan terbina kerana mereka akan sentiasa berusaha memperkasakan kaum mereka, kita pula lupakan perjuangan hak kaum kita atas dasar kesama-rataan yang diajar oleh Barat.

Ingatlah bahawa bukan semua perkara boleh disampaikan melalui hujjah, kerana jikalau itu isunya, maka tidak ada lagi masalah di dunia ini, tiada perperangan. Sesetengah perkara, haruslah menggunakan kekuatan yang ada. Saya lihat ramai yang cuba untuk persoalkan perlembagaan yang menghalang dakwah terbuka bagi kaum lain. Janganlah anda bazirkan masa anda mempersoalkan isu tersebut. Masa yang ada, kita habiskan dengan dakwah dan defense mechanisms yang kita ada, jangan kita runtuhkan. Masa tidak mengizinkan kita menghabiskan masa mempersoalkan status quo(keadaan semasa). Sebaiknya habiskan masa itu untuk berdakwah. Ingatlah dalam keadaan umat Islam berbalah sesama sendiri, ada tangan-tangan yang sibuk menjalankan kerja mereka.

Contoh? Pasca PRU13 contoh terbaik di mana PKR(atau lebih spesifik, anwar ibrahim) sibuk dengan "blackout 505"nya, begitu juga segolongan besar pemuda Melayu-Islam. Tetapi kali ini kita lihat, terus terdiam satu parti yang diketuai kaum Cina yakni parti DAP yang dahulunya bising tatkala pilihanraya. Dapatnya kuasa, mereka terus fokus dalam gerak kerja mereka. Tetapi yang UMNO berbalah dengan yang PAS, yang PKR(anwar) pula tidak puas hati dengan keputusan.

Siapa yang rugi? Melayu-Islam yang rugi.
Benar, Islam dan Melayu itu tidak sama. Tapi bangsa mana lagi yang diharapkan untuk menegakkan agama Islam di bumi Malaysia?
Rasulullah Shallallahu ‘alaihiu wa Sallam bersabda:
إِنَّ هَذَا الْأَمْرَ فِي قُرَيْشٍ لَا يُعَادِيهِمْ أَحَدٌ إِلَّا كَبَّهُ اللَّهُ فِي النَّارِ عَلَى وَجْهِهِ مَا أَقَامُوا الدِّينَ
“Bahawasanya urusan pemerintahan (kepimpinan) ini adalah di tangan Quraisy selagi mereka itu menegakkan agama, tidak ada seorang pun yang memusuhi mereka melainkan Allah akan menyungkurkan wajahnya di dalam neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/45, no. 6606)
Adakah hadis ini rasis? Assobiyyah? Depends lah apa definisi rasis anda itu.

Aku teguh bersama ISMA kerana ISMA memperjuangkan Islam atas dasar waqi' masyarakat majmuk dan perlembagaan Malaysia. ISMA berani memperjuangkan bangsa tonggak yang akan memperteguhkan Islam sebagaimana Bani Quraisyh pada zaman Khulafah Ar-Rasyidin, Bani Muawiyah pada Kerajaan Umaiyyah, Bani Abasiyyah pada Kerajaan Abasiyah, dan Bani Uthmani pada Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Aku telah kenal ramai singa-singa yang memperjuangkan Islam di dalam jemaah ini. ISMA memupuk ukhuwwah dan perdamaian antara parti-parti Melayu-Islam dan mengajak menggunakan kuasa yang ada untuk menegakkan Islam, duduk semeja berbincang. Permusuhan antara orang Melayu-Islam hanya akan membawa kepada kemenangan kepada pemikiran yang merosakkan. Ingatlah bahawa divide and conquer itu merupakan taktik barat untuk memecah belahkan kita. Ketahuilah bahawa selagi mana dia mengucap kalimah syahadah, dialah saudara kita dan kita wajib membantu (menegur) mereka jika mereka salah, dan tidaklah harus kita berperang terhadap mereka.

Manhaj perubahan Ummah itu bukanlah suatu perkara yang simple.

Bukan hanya satu dalil yakni "Rahmatan lil Alamin" itu sahaja untuk menyelesaikan segala masalah.
Benar, islam itu rahmat kepada seluruh alam. Keadilan Islam tiada tolok bandingnya.
Tapi persoalannya bagaimana cara hendak membawa rahmat itu kepada Malaysia?

Banyak lagi perkara yang kita(ya termasuk saya) harus pelajari untuk memahami apakah Manhaj Perubahan Ummah yang sebenar terutamanya untuk diaplikasikan di Malaysia.

Imani dan tadabbur surah 110. Itu matlamat kita.

PS: tidak dinafikan dakwah kepada non-muslim masih harus dijalankan dengan kuat, usaha dakwah setiap umat islam harus dilipat gandakan dan tidak seharusnya kita terlalu fokus dengan menaikkan Islam melalui undang-undang. namun penegakan sistem Islam di negara ini, perlulah tersusun dan mengaplikasi waqi' semasa.

PS lagi: sila rujuk http://zaizulazizi.wordpress.com/2013/05/14/hak-istimewa-orang-melayu-dan-keadilan-islam/ untuk tulisan yang lebih mantap.

Moga saya amalkan apa yang ditulis. Ayuh beramal.

That special place

It's sad to see photos of big multi national companies filled with workers who are chinese and indian. yet so few malays.
call me racist, but this is reality. let it be work, academics, ANYTHING!

how could the largest race in our country be so outnumbered?

is it the food we eat, the way we sleep??
was it our parents' faults?
is it the constitution?
what went wrong?

i remember the day when my dad was sent by Oracle Softwares to this one place to represent his team.
He heard this chinese guy speaking mandarine on the phone while he was waiting to be called, presumably that guy was calling my dad's boss about him.
and that guy said something like "hey why did u send this malay guy to do this job?". and my dad, unfortunately understood mandarin but he kept silent and later proved a point to be a top level officer in a non-malay majority company.

Dear Malays, wake up.
U are the majority in Malaysia and the minority on the economic frontline.
im not asking you to wage war against non-malays, im asking you to work as hard as possible; to prove that we are able to run this country as what was fought by Tunku Abdul Rahman.
This is the only country that we have, and this is the only country that we belong to.
There's nothing wrong with being a nationalist (given the circumstances).

It's sad to see that there's a group of people(government) trying to use any means possible to defend malay rights even to the extent of being racist and unjust,
while on the other hand, there's a group of malays(opposition) working towards abolishing those rights and pursuing equality of all races.

Yet at the same time, so little of us are working hard to actually live up to that special place that the constitution has put us at.
May allah guide us.

InfoTech

Salam
The internet has been a dangerous place for news and manipulation of information.
people believes almost everything on the internet.
Yet internet law since almost non-existant in Malaysia, and it is very vague(it's also very subjective because of the nature of the internet)  in even far-off countries like the US.
It's sad to see words being manipulated, and lies being spread without people even knowing it.
The worst part is, you cant sue the users because a) they're anonymous b) there's no law to back it up.

We need more people in the IT field to change this reality. yet during my time, only 6 IT/CS people studied in the US and 2 of them have now switched to economics.
IT is not just about the technology, it's about the social aspects that come along with it, with a lot of emphasis on how hman interaction actually shapes the internet instead of the code behind it.

IT Matters.

Big Data

Salam..
20 has been a real confusing year for me.
ah the usual identity crisis phase. trying to find who you want to be and where you're really going.
interesting. confusing. depressing. but overall, i'm sure it'll be worthwhile if you persevere.

so i bumped into a really cool link about business analytics and big data. somehow i reached that a'ha! moment and i suddenly see everything oh-so clear. suddenly the road is clear. i know where i'm going. i know why i'm heading there. well it's not so much of the 'a-ha!' moment that made it clear, it just made me realize what i've loved so much and i've had passion about ever since primary school.
big data. so fascinating. how immense amount of data is analyzed to make decisions and increase productivity by exponential time.

when i was 8, i remember given a task of writing up a sheet of multiplication "crib sheet"(well sorta). so someone would have to write a sheet for multiples of 2, 3 and it goes on till 12. i came home wondering how i can print that using microsoft office. went to my late dad, and he showed me how to calculate multiplications using excel's pre-programmed tools. mind=blown. i can honestly say that a lot of people have only managed to understand how to use excel up until they are entering college. then again, im sure a lot of people dont know how to use it. well i didnt know how to use it back then. my dad showed me and he basically did it for me. haha

but ever since then, i was always fascinated by the way data is processed, arranged and analyzed in such a fast manner. and suddenly i jumped into this video. love at first sight. i suddenly knew what i want to do in life. possibly. allahukhairul makirin. and NO, i dont want to work in Oracle. well, maybe.

Qawiyyul Jismi

Salaam..

Semalam hari pertama main bola setelah dekat 2 bulan tak main bola.
Alasan paling kerap dikeluarkan:

  1. Sibuk, sem ni ambil 20 kredit
  2. Nak main bola je, ade meeting
  3. Ahad petang kerja
  4. Sabtu asik tiada di kampus, kalau ada, mesti ade meeting
  5. Weekday, sama ada kerja, atau kelas habis lambat. 
Dan sejujurnya memang alasan-alasan tersebut benar lagi sahih. Bukannya wujud atas sebab mengelak daripada main bola bersama-sama ikhwah RPI.
tapi, jikalau bertanya soalan kedua: "hah, dalam dekat dua bulan ni, sekali je pergi gym? alasan apa plak"
erk, ok saya mengalah.

Selepas dekat dua bulan badan mengeras, maka karat-karat di badan mulalah mengeluarkan berbagai bunyi. ha sakit sana sakit sini. smpaikan nak rukuk sudah susah.
sejak sakit blakang malam semalam(ya macam orang tua), terus tak pegi isya' di masjid, terus berat sngguh nak sunat rawatib, apatah lagi tahajjud.

BARULAH sedar kenapa pentingnya qawiyyul jism(kuat tubuh badan) itu dalam kehidupan seorang mukmin. qawiyyul jism itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk bahawa muslim ini semuanya six pack, tetapi dari segi ibadah itu sendiri, amat sukar untuk kita lakukan sekiranya badan pun tidak kuat. mana mungkin seorang yang tak sihat dan sering keletihan (lethargic) akan mampu tidur 3 atau 4 jam dan bertahajjud, kemudian segar sepanjang hari.

hadith nabi saw mengatakan,
"seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada seorang mukmin yang lemah"

wah, muda je lebih, tapi badan yang tuhan bagi ni, tak dijaga. sentap. ayuh kuatkan tubuh badan!

nak tahu tentang qawiyyul jismi? ha jom kita dengar akhi azizi bercakap mengenai qawiyyul jismi :)



Progress.

Walau tua mana pun kita,
Moga-moga dalam hati tu masih ada matlamat untuk mencapai hafaz 30 juzu' quran,
dan paling kurang hadis 40 yang dikumpul oleh Imam Nawawi sooner or later.
Mana mungkin kita menyeru orang ke arah Islam atau ke arah negara Islam tetapi tidak menyeru hati nurani kita ke arah yang sama.
Bukankah asas Islam itu adalah Al-Quran dan As-Sunnah? :)

Susah nak hafaz semua tu? yep kita sama sheikh! ana pun berapa sangat yang dihafal..

Usaha tu yang penting, jangan tidak ada progress sudah. :)

Ayuh!

Oh Allah, bring me back, to that place of peace.

Salam..
as i sip on a cup of peppermint tea, it reminded me so much of a very delightful experience i once had.
Woke up to a sound, i thought was azan,
Turned out to be, a wake up call for Fajr.
Opened my eyes, dressed into my jubah.
So i walked on the streets, barely anyone in sight
Looking left and right, all shops closed.
As if all of the city, is in deep state of rest.
A lit-up tea stall, all set for customers.
As if never closed, always bright.
I took out a riyal and paid for mint tea
Right ahead, bright lights shine from towers.
I walked to the lights, and sat on the pillars.
Sipped up my cup, morning breeze on my cheeks
A warm sound, lights up my heart.
Unusual sense of calmness, up in the air.
The muazzin calls, people for fajr.
So i had my last sip, and answered the call.
Nothing can compare, to such taste of peace.
Oh Allah, bring me back, to that place of peace.





Redha Allah



tidak punyai ilmu untuk komen tentang gambar ini.
namun ingin diingatkan supaya tidak buta dengan tawaran-tawaran wang dan janji-janji manis yang ditawarkan kedua-dua belah pihak. baik BN atau PR sama sahaja. Itu semua sebahagian daripada politik. Baik mereka ikhlas atau tidak, itu tetap politik.

Namun sebagai pemilih, neraca kita ialah apa yang baik untuk Islam, bukan apa yang baik untuk kita secara mata kasar. Kepada yang boleh mengundi, undilah dengan baik. Undilah untuk cari keredhaan Allah.
duit banyak mana pun kerajaan beri, kalau Allah tak redha, maka negara kita jugak yang rugi.

Redha Allah tu mahal, sheikh.

wallahu'alam.

Faham.

Sungguh, tak mahu tulis perkara politik dalam blog ni. Tapi aku hanya mahu kamu (ya, kamu yang membaca) jelas tentang apa yang kami bawa.

Mungkin ramai yang masih tak faham apa yang Arus Baru bawakan.
Konsepnya mudah.

Buanglah fanatik anda terhadap mana-mana parti. Tidak kira UMNO atau PAS.
Sokonglah calon itu kerana nilai-nilai yang dia ada.
Sokonglah mereka yang membawa nilai Islam
Sokonglah mereka yang tidak menentang Islam

Tolaklah mereka yang korup.
Tolaklah calon yang menentang Islam.
Tolaklah mereka yang membawa nilai-nilai buruk kepada negara.

Orang cina dan india sepakat walaupun terdapat parti-parti berbeza.
Tetapi Melayu, saling menjatuhkan, saling kafir-mengkafir.

Timbullah Asal Bukan UMNO.
Timbullah Saya Tolak PAS.

Tak pernah dengar pulak kaum cina bersorak 'Asal Bukan MCA'? 'Saya tolak DAP'?

Itu yang Arus Baru maksudkan, tolak budaya menjatuhkan, kita sepakat tanpa mengira parti. Yang mana bagus, baik akidahnya, baik akhlaknya, kita sokong. Yang mana korup, kita buang.
Bina Ukhuwwah antara parti.
Tidak kira pakatan mana yang menang. Parti-parti yang bersepakat tidak semestinya sama sepejabat. Tetapi sama semeja berbincang maslahat Ummat.

Kita mahukan parlimen berkata 'ya!' kepada perkara yang menaikkan Agama, dan berkata 'tidak!' kepada yang sebaliknya.

Itu maksud kami, apabila kami kata 'Sokonglah Muslim Berwibawa'.
Kami aturkan satu per satu ciri-ciri yang perlu ada.

Wallahi tiada niat tersembunyi. Tiada harta yang kami dapat. Hanya mahu lihat Islam tertegak.
Redha illahi itu lebih tinggi nilainya daripada mata wang dan harta.

Mungkin masih tak jelas, kerana aku hanya menyentuh 'on the surface'. Teruslah membaca, mencari kefahaman. Jangan ikut sahaja apa kata keyboard warriors.

Tapi ingat, bacalah dengan hati yang terbuka, dan kacamata Islam, bukan kacamata merah atau hijau.

Teringat haritu bersembang panjang dengan seorang kristian yang telah baca Quran dari depan sehingga habis. Agak kagum aku kerana dia tidak rasa apa yang aku rasa ketika baca Al-Quran.
Mungkin kerana dia membaca dengan kacamata kristian. Bukan kacamata kebenaran.

Moga-moga kita sama-sama diberi hidayah.

Aiseyh. Kalaulah aku boleh mengundi.

-------------------------

Kepada ikhwah, politik dan keadaan semasa ini boleh menarik kita terlupa daripada tarbiyah dan terlalu khusyuk dengan politik.
Fokus. Harakah Islamiah itu pada dakwah dan tarbiyah.
Bukan politik fokus utamanya. Politik sekadar alat untuk menyampaikan risalah.

Perubahan Ummah

Salaam..
(wah, tajuk gempak. post ni preview je sbenanye. heh..)

Wahai ikhwah.

Ingat tak ketika maratib amal dibentangkan dihadapan kita buat pertama kali?
Apa perasaan anda ketika itu ?

secara peribadi, memang ana rase kagum(yelah, tak pernah terfikir pun masa tu)! dan rasakan bahawa "ini adalah solusinya!"
betul.

Dan amat mudah bukan konsep yang dibawa?
individu muslim, seterusnya membentuk keluarga muslim, dan seterusnya masyarakat muslim etc.
wah, jadi perbaik diri dan kemudian kawin, cukup?
tak.
sekarang kita belajar pula tentang kewajipan berdakwah.
ok, ayuh berdakwah, cukup?
tak.

habis tu?

Baik. apa rukun tarbiah?
1. Murabbi
2. Mutarabbi
3. Manhaj.

Jangan lupa akan manhaj itu, sheikh.. manhaj yakni jalan atau jemaah atau dalam bahasa moden nya mungkin strategi atau penyusunan. hah banyak betul definisi. moga-moga faham secara ringkas.

Ok jadi kita ikut jemaah sudah cukup lah kan? kita tarbiah diri, kita tarbiah ahli keluarga, kita berdakwah, kita ikut satu kumpulan terancang. nanti bila dah ramai orang individu muslim, jadi senang lah kan nak bentuk negara islam tu, bukan?

betul. tapi tak semudah itu. bukannya semudah individu-individu saleh yang berkahwin dan berdakwah dan membentuk satu masyarakat muslim.
lebih-lebih lagi di Malaysia.

ha sebenarnye entry ni preview je untuk suruh baca artikel bawah ni. artikel yang ana rase cukup penting untuk semua orang faham. cita-cita mencapai UA(Ustazatul Alam bg yang tak tahu) itu bukan semudah yang tertera di maratib amal tu. kerana banyak perkara-perkara yang kompleks di antara setiap peringkat maratib amal yang perlu dialami oleh semua yang mengikuti jalan ini. TERUTAMA Malaysia negara yang cukup unik dan kompleks! ayuh baca!

http://zaizulazizi.wordpress.com/2013/03/21/manhaj-perubahan-ummah-adakah-sesuatu-yang-simple/


Jijik.

Salaam..
Ana amat kecewa dengan sikap segelintir ikhwah yang menunjukkan akhlak yang cukup buruk tatkala mempertahankan prinsip-prinsip yang mereka pegangi.
Kecewa melihat sikap bidas-membidas yang kasar dan bahasa-bahasa sinis yang dilontarkan.
Seolah-olah tiada talian Islam yang menghubungkan mereka berdua.
Baik dari pihak yang sini, atau yang sana.
Baik dari parti politik, atau dari jemaah dakwah dan tarbiyyah.
Semua wakil dah pernah jumpa.

Kalau nak terangkan sesuatu keadaan, private messaging kan ade?
Tak perlu rumitkan lagi keadaan bagi yang tidak tahu, dengan bahasa-bahasa sinis anda itu.
Sampaikan memburukkan jemaah lain secara sarcastic, ada juga secara direct.
Ya anda yakin dengan ijtihad anda sebagaimana ana yakin dengan ijtihad ana, tapi tidak perlu tunjukkan akhlak yang jijik.

Bukankah modul-modul terawal tarbiyyah anta adalah 'sayonara jahiliyyah'?

Tidakkah Muhammad SAW itu diturunkan untuk menyempurnakan akhlak?

lemah

dengan darah pemuda yang mengalir, engkau dahulu dengan penuh yakin katakan pada dirimu,
"ya! tidak akan aku biarkan ada tanggungjawab yang terbiar selagi mana berbaki masa seharianku!"

wah semangat.

kini kau terlantar di atas katil. tanpa mampu berbuat apa2.
alhamdulillah.
sakit itu mengajar erti kebergantungan.
sakit itu menunjukkan lemahnya jasad ini.
sakit itu peringatan bahawa tidak ada kuasa melainkan daripada allah yang maha agung.

allahumma isyfi syifaan la yughodiru sakama.

aku cuma terfikir, betapa hebatnya para sahabat yg berjuamg dengan anak panah tercucuk di dada mereka.
lemah sungguh diri ini yang hanya hangat badan sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

mohon doa anda yg membaca. banyak perkara perlu disiapkan sepanjang minggu ini biizhnillah..

tak mahu menyesal

salaam.
penat memang penat. belajar bagai nk rak, meeting xkenal masa/tempat, jalan kehulu hilir kampus mcm ape.
"an idle man is the devil's playground."
ada hikmahnya dicampakkan jauh drpada ibuku, dan masih bujang berdarah panas. tak perlu pening bahagi masa. boleh komited dalam apa2...
bukan apa, cuma xnak menyesal je.

Teman-teman Penolong

Salam.. Sedikit input daripada pembacaan tentang sejarah Ikhwanul Muslimin.

Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna juga mengirim surat kepada pemerintah Mesir setelah beliau dikeluarkan dari penjara. Dalam suratnya itu Aasy-Syahid mencela ketertinggalan dan kelemahan menolong saudara-saudara mereka di Palestina. Beliau berkata:
Wahai orang-orang yang duduk di singgahsana kekuasaan, apakah belum tiba saatnya bagi kalian memahami bahwa barang siapa yang mencari kemuliaan selain dari Allah maka ia akan terhina. 
Allah swt berfirman, "Kabarkanlah bagi orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapatkan siksaan yang pedih, (iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kemuliaan di sisi orang kafir itu? Maka sesungguhnya semua kemuliaan itu hanya di sisi Allah. Dan sungguh Allah telah menurunkan kepada kamu di dalam Al-Quran bahawa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan(oleh orang kafir) maka janganlah kami duduk beserta mereka sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain, kerana sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan merkea. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam neraka Jahannam (An-Nisaa: 138 - 140)
Muhasabah buat kita. Moga-moga yang kita rujuk hanya Al-Quran dan As-Sunnah; bukan daripada pemikiran-pemikiran yang tidak datang dari langit.

Enduring Nafs

Salam..

The hardest part of making sadaqah is when we're letting go of our wealth.
Remember, 'sabar' is not only defined as patience. Some of it's other meanings are to endure and to push oneself in the fight against any form of trial.
Sometimes it takes so long for the brain to tell the hands to let go of that wealth that we feel so precious of.
Endure, and push ourselves. Let go of that money. And remember,
"Beautified for humans is the love of that which they desire - of women and sons, heaped-up sums of gold and silver, fine branded horses, and cattle and tilled land. That is the enjoyment of worldly life. But Allah; with Him is the best return."
Oh and didn't Jibreel once said,
"oh my Lord, i fear that nobody will be able to enter heaven anymore"
Wait, what?

Meniup Erti Agama Islamku

Salaam...
(wah, tajuk nak gempak gile je! kalau boleh, baca sampai habis yer)

Islam agama yang indah, yang memujuk perpaduan di sebalik perbezaan pendapat. Cukup indah.
Di kala pilihanraya ni maka kecohlah timbul perbezaan pendapat antara jemaah-jemaah Islam dan parti politik. Ada yang ikhlas menegakkan kebenaran yang mereka pegang, dan ada yang taksub dengan kumpulan masing-masing. Taksub atau tak, itu semua hanya Allah yang tahu. Kita takleh nak judge.

Tatkala sedang berjalan pulang ke rumah pagi tadi sambil-sambil dengar lagu Harapan Ummah(serious ketagih), tergerak hati untuk menulis sesuatu mengenai perbezaan pendapat dan konsep 'Unity in Diversity' yang pernah disebut oleh Tariq Ramadan. Aku tak boleh nak berpanjang lebar kerana aku sendiri tidak punyai ilmu tentang ni. Namun, hidayah tu Allah nak bagi at the right time and at the right place kan, balik2 je kat rumah, ternampak la Arus Baru post link menarik hari ni.. Gambar pun nak cool je. Aku sarankan korang baca artikel tu dulu sebelum proceed.(klik gambar)
Sila klik gambar untuk ke pautan hiper (hyperlink.lol)
aandd that link pretty much sums up what I was thinking of. Dan aku boleh kata ini antara summary terbaik yang aku pernah baca tentang perbezaan pendapat.

Para Ikhwah dr IKRAM, ISMA, HALUAN, PAS etc (sory ah kalau tak sebut)..
Kalau anda sedang baca ni, ana harap anda tidak ada pandangan negatif antara jemaah/parti. Walau ada perbezaan, bersepakat atas satu perkara; yakni kita semua hendak bergerak ke arah menegakkan kalimah Allah dan meniup erti agama Islam yang kita pegang. Maka atas pegangan itu kita berukhwah. Tengok persamaan, bukan perbezaan. Walaupun ramai yang tak bersetuju dengan term 'debat bukan budaya kita', aku selaku pendebat yang cukup suka berdebat dek zaman sekolah dan kolej dulu boleh bersetuju bahawa memang betul, 'debat bukan budaya kita', malahan tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak. Debat itu adalah apabila satu pihak mempertahankan hujahnya tidak kira dia salah atau betul, dan satu pihak lagi mempertahankan hujahnya tidak kira dia salah atau betul.

Kalau ikut pengalaman silam aku, benang yang basah pun boleh tertegak kalau lidah anda cukup handal. Maka yang mendengar pun terpedaya dengan lidah itu, bukan dengan hujah atau dalil. Aku suka untuk bertanya pendapat ikhwah2 lain tentang persepsi mereka. Apa yang aku cukup suka buat sekarang ni ialah berdiskusi; yakni bertanya pendapat orang lain untuk melihat dari kaca mata apa yang mereka lihat. Dan sungguh, memang terdapat logik dan dalil  dari al quran dan as sunnah yang menyokong walau dari kaca mata mana pun. Asalkan tidak bertentangan dengan al Quran, dan matlamatnya sama, maka aku pun menerima pendapat itu. Menerima bukan bererti berpegang. Tapi yang penting ialah 'unity in diversity'. Satu perkara yang cukup indah.

Dua hari lepas aku juga berdiskusi dengan rakan kerjaku; seorang atheist. Melihat keadaan library yang lengang dan kami berdua pun keletihan, kami pon duduk berehat atas sofa yang cukup best ni (lihat gambar di atas). Sedang lepak-lepak, terkeluar topik untuk membina library di rumah masing-masing. Satu titik persetujuan telah dicapai; kedua-duanya suka akan buku dan suka untuk dikelilingi dengan buku(bab baca atau tak tu lain cerita). Dan pada satu peringkat perbualan tu aku mengajak dia untuk berfikir dengan mengeluarkan penerangan tentang bagaimana Islam itu mementingkan sifat 'membaca'(i have no idea why this is in quote, but oh well) sampaikan perintah pertama yang turun dari Allah melalui jibril ialah 'Iqra' yang bermaksud; bacalah. Aku ceritakan tentang kisah jibril turun dari langit memeluk nabi Muhammad SAW dan boleh nampak dari riak wajahnya yang mungkin dia tidak percaya tentang cerita jibril itu. Tapi dia cukup terpegun dengan bagaimana Islam itu menyuruh umatnya membaca dan seterusnya berfikir. Dia juga bercakap tentang bagaimana yahudi itu pandai dan berjaya dan aku pun bersetuju kerana memang terdapat dalil dalam al-quran yang mengatakan tentang bagaimana yahudi itu diberi kelebihan akal dan harta. Sepanjang sejam lebih kami berbual mengenai agama dan budaya di atas sofa yang cukup empuk tu. Yep, memang gaji tu dapat untuk bersembang pun kan? Jangan judge, time tu takde orang langsung, haha.

So ape point aku?

Sejam lebih aku berdiskusi dengan seorang atheist tentang agama dan budaya. Perbezaan pendapat itu kami acknowledge. Segala tuduhan 'offensive' yang dia bagi pada aku, aku terima dan aku lontarkan pandangan dari sudut agama dan sudut peribadi. Alhamdulillah tuhan mencampakkan kefahaman pada dia dan pada sesetengah perkara, pendapatnya berpihak kepada Islam. Sesetengah yang lain mungkin tidak. Tapi yang aku cuba buat bukanlah mempengaruhi dia dengan agama Islam itu tetapi untuk mengajaknya berfikir. Jikalau tidak terima hari ini, tak apa. Mana tahu esok lusa lain cerita?

Begitulah juga dengan pendapat/pegangan kita yang kita bawa melalui perbualan dan melalui usrah. Jangan kita cuba doktrinasi orang lain dengan menghujani mereka dengan bermacam-macam informasi yang cukup bias(memanglah bias, da kita punye pegangan) dengan niat untuk mempengaruhi fikrah mereka dengan brainwashing. Tapi ajaklah berdiskusi, berfikir dan bertukar pendapat. Kalau pendapat tu selari, eloklah. Kalau tak, tak mengapa, kita masih Islam, bukan? Sedangkan Allah pun menyuruh hambaNya berfikir, takkan kita nak larang kot? Sebelum kita nak menyebarkan pandangan kita, berpeganglah pada satu persamaan. Seperti kate Dale Carnegie dalam buku 'How to Influence People and Win Friends', persamaan itu penting untuk mempengaruhi orang. Kalau tiada persamaan, memang sukar untuk seseorang itu bersikap terbuka dan menerima pendapat. Dan kalau ade perbezaan, so what? chill, bro. At least kita dah ajak dia berfikir, bukan?

Jadi, satu ole-ole buat pembaca yang dah baca sampai bawah ni, ayuh dengar lagu FETYA yang aku rase cukup memotivasikan pagi-pagi sebelum g kelas. Sejak first dengar lagu ni memang tak berlalu lagi satu hari tanpa aku dengar lagu ni. haha serious memotivasikan!
Satu frasa yang best dari lirik lagu ni; "Meniup erti agama Islamku" bagi aku cukup bermakna.
Ayuhlah kita meniup erti agama Islam yang kita pegang ni melalui kejayaan dalam bidang-bidang kita sendiri.
Bak kata satu top comment youtube kat video FETYA - Sujud Merdeka,
Apa yang kita perlukan, adalah produk dan solusi modelnya. Kita tidak robohkan rumah usang, namun kita bina Istana.
Yep, apabila contoh Muslim berjaya itu ada dan mengatasi segala tokoh yang berpegang dengan perkara batil, maka mudahlah untuk orang percaya dengan apa yang kita pegang ni.

Akhir kata,

Jom dengar lagu FETYA - Harapan Ummah


Wallahu'alam. All the best in what you do!
Disclaimer: entry ni bertujuan untuk motivasi dan pencerahan minda, bukan sebagai hujah. 
PS: aku un tatau sejak bila aku tulis BM balik ni ha. eloklah, bahasa kebangsaan.