I guess its not too late to say selamat menjalani Ramadhan! Ramadhan Kareem! Kullu 'am wa antum bi khair! May you be blessed throughout the year!
Ramadhan dinantikan oleh ramai muslim di seluruh dunia dan disambut meriah dengan pelbagai alasan dan niat. Ada yang menyambutnya dengan penuh ghairah dan menantikan bulan marathon ibadah yang mengganda-gandakan pahala ibadahnya! ada yang menantikan ramadhan dengan rasa gembira kerana ruh ramadhan itu membawa kelainan pada ibadahnya, menusuk hati seakan-akan ramadhan itu satu cahaya yang mengubah persekitarannya. ada pula yang gembira kerana waktu ini semua kerja lain dapat dikurangkan dek bos pon pendekkan waktu kerja, sekolah pun tidak beri kerja rumah yang banyak, dan aktiviti-aktiviti extra-curricular dikurangkan baik di pejabat, atau di institusi pendidikan, maka dapatlah dia fokus dengan ibadah-ibadahnya.
Sejujurnya sehingga ke hari Jumaat yang lepas, yang aku nampak tentang erti Ramadhan itu ialah untuk beribadah dengan banyak, agar berakhirnya ramadhan, dapat kita istiqamah dengan ibadah (baik sedikit atau kurang). Bak kata orang, ramadhan itu satu madrasah tarbiyyah.
Apabila menyebut Ramadhan, terus terlintas perkara pertama yakni as-siyam (sod-ya-alif-mim) atau puasa; menahan diri daripada lapar dan dahaga (dan perkara yang membatalkan puasa). Dan sinonim dengan ibadah itu ialah qiyam (qaf-ya-alif-mim) atau bangun malam untuk beribadah kepada allah. Tidak terlupa juga dengan tilawah, taraweekh, sedekah dan sebagainya.
Ramai antara kita yang melihat Ramadhan sebagai bulan peluang keemasan untuk fokus dengan tahajjud dan meningkatkan taqwa kepada Allah SWT. Taqwa yang hadir atas rasa takut yang mencampakkan diri ini jauh dari ranjang tidur dan bersujud di atas sejadah. Namun di sebalik ibadah tilawah, tahajjud, dan taraweekh itu, kita lupa aspek yang paling penting dalam arahan Allah pada bulan puasa ini yakni As-siyam.
"Wahai orang-orang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelum kamu. Moga-moga kamu bertaqwa." - Al-Baqarah 183
Maka fokus pada bulan mulia ini sudah tentulah pada as-siyam itu sendiri kerana ia merupakan arahan terus pada ayat ini dan juga WAJIB dilakukan selama 30(+-) hari ini berbanding dengan perkara lain yang sunnah dan amat digalakkan.
Jadi mengapa siyam?
Menahan diri daripada lapar, dahaga, serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Mungkin jelas pada anda bahawa segala penahanan diri (self-abstinence) ini adalah satu bentuk pembebasan diri daripada tunduk akur kepada tuntutan nafsu. Supaya keperluan hati itu mengatasi keperluan tubuh badan yang lain. Dan atas dasar itu, taqwa atau rasa takut kepada Allah SWT timbul di dalam hati.
Tetapi yang mungkin kita sering abaikan ialah kepentingan taqwa dalam ibadah. Salah satu syarat-syarat khusyuknya seseorang dalam solat, bahkan rasa khusyu' dalam apa-apa ibadah sekalipun ialah rasa takut dan kerdilnya diri ini berbanding dengan kebesaran illahi. Taqwa itulah yang membezakan ibadah itu sama ada sekadar amalan atau satu sikap ubudiyyah atau penghambaan kepada Allah SWT.
Maka dikesempatan Ramadhan ini, ayuh fokus kepada penghayatan siyam. Puasa dalam erti kata membebaskan diri daripada cengkaman nafsu dan meletakkan hati yang bertaqwa kepada raja kepada segala gerak geri kita. Agar apabila hati itu tunduk kepada Allah, maka seluruh tubuh badan itu juga tunduk kepada Allah SWT.
30 hari yang cukup kritikal dalam pentarbiyyahan umat islam ini merupakan medan latihan yang Allah SWT berikan kepada hamba-hambanya. Sepertimana lazimnya latihan itu dijalani dalam keadaan yang lebih ringan berbanding realiti satu perkara itu. Contohnya seperti waktu kita kecil, latihan untuk berjalan itu diberikan dengan iringan tangan daripada ibu bapa, dan apabila tiba waktunya, dilepaskan untuk berjalan sendiri di dunia sebenar. Begitulah tarbiyyah Ramadhan. Diikat bisikan-bisikan syaitan agar dapat melatih diri untuk bertaqwa dalam menghadapi setahun yang akan datang, "moga-moga kamu bertaqwa."
Nasihat Ramadhan untuk diri sendiri, dan anda
- Hayati Ruh sesuatu ibadah itu. Apa maknanya taraweekh 20 rakaat sekiranya menguap-nguap setiap masa dan fikiran melayang pada sepanjang 20 rakaat?
- Fokus kepada konsistensi (istiqamah), bukan quantity. “Dan sesungguhnya amal yang paling Allah sukai ialah yang terus-menerus / istiqomah dikerjakan walaupun sedikit.” (HR Abu Dawud 1161)
- Lihat menjangkaui Ramadhan. Apakah amal yang anda mahu bawa daripada Ramadhan ini sehingga setahun akan datang?
- Penyingkiran amalan jahiliyyah. Apa yang telah anda kurangkan sewaktu ramadhan atas alasan takut merosakkan puasa, adalah most likely satu amalan jahiliyyah yang tidak membawa sebarang kebaikan, maka ayuh usaha untuk singkirkan once and for all!
- Pengurusan masa untuk ibadah khusus dan amalan seharian. Fikirkan apa cara yang terbaik untuk menguruskan masa untuk beribadah pada dan selepas bulan puasa dan mengimbangkan urusan akhirat agar tidak melupakan urusan dunia. "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia..." - al-qasas:77
- Muhasabah Ramadhan yang lepas; apa yang kurang, apa yang berkesan? Mungkin tilawah pagi di atas katil tidak berkesan pada tahun lepas? Janganlah ulangi!
- Muhasabah setahun yang lepas. Apa yang menyebabkan amal ibadah berkurangan selepas ramadhan yang lepas? Adakah terlalu banyak berkawan atau mungkin terlalu lambat tidur? Jika amal anda tidak berkurangan, maka apa perbezaan yang anda buat sehingga tidak berkurangan langsung?
Wallahu'alam
1 comment:
Just as always, i get good input from your posts. Keep istiqamah with this blog of yours.
Post a Comment