Mungkin ramai yang masih tak faham apa yang Arus Baru bawakan.
Konsepnya mudah.
Buanglah fanatik anda terhadap mana-mana parti. Tidak kira UMNO atau PAS.
Sokonglah calon itu kerana nilai-nilai yang dia ada.
Sokonglah mereka yang membawa nilai Islam
Sokonglah mereka yang tidak menentang Islam
Tolaklah mereka yang korup.
Tolaklah calon yang menentang Islam.
Tolaklah mereka yang membawa nilai-nilai buruk kepada negara.
Orang cina dan india sepakat walaupun terdapat parti-parti berbeza.
Tetapi Melayu, saling menjatuhkan, saling kafir-mengkafir.
Timbullah Asal Bukan UMNO.
Timbullah Saya Tolak PAS.
Tak pernah dengar pulak kaum cina bersorak 'Asal Bukan MCA'? 'Saya tolak DAP'?
Itu yang Arus Baru maksudkan, tolak budaya menjatuhkan, kita sepakat tanpa mengira parti. Yang mana bagus, baik akidahnya, baik akhlaknya, kita sokong. Yang mana korup, kita buang.
Bina Ukhuwwah antara parti.
Tidak kira pakatan mana yang menang. Parti-parti yang bersepakat tidak semestinya sama sepejabat. Tetapi sama semeja berbincang maslahat Ummat.
Kita mahukan parlimen berkata 'ya!' kepada perkara yang menaikkan Agama, dan berkata 'tidak!' kepada yang sebaliknya.
Itu maksud kami, apabila kami kata 'Sokonglah Muslim Berwibawa'.
Kami aturkan satu per satu ciri-ciri yang perlu ada.
Wallahi tiada niat tersembunyi. Tiada harta yang kami dapat. Hanya mahu lihat Islam tertegak.
Redha illahi itu lebih tinggi nilainya daripada mata wang dan harta.
Mungkin masih tak jelas, kerana aku hanya menyentuh 'on the surface'. Teruslah membaca, mencari kefahaman. Jangan ikut sahaja apa kata keyboard warriors.
Tapi ingat, bacalah dengan hati yang terbuka, dan kacamata Islam, bukan kacamata merah atau hijau.
Teringat haritu bersembang panjang dengan seorang kristian yang telah baca Quran dari depan sehingga habis. Agak kagum aku kerana dia tidak rasa apa yang aku rasa ketika baca Al-Quran.
Mungkin kerana dia membaca dengan kacamata kristian. Bukan kacamata kebenaran.
Moga-moga kita sama-sama diberi hidayah.
Aiseyh. Kalaulah aku boleh mengundi.
-------------------------
Kepada ikhwah, politik dan keadaan semasa ini boleh menarik kita terlupa daripada tarbiyah dan terlalu khusyuk dengan politik.
Fokus. Harakah Islamiah itu pada dakwah dan tarbiyah.
Bukan politik fokus utamanya. Politik sekadar alat untuk menyampaikan risalah.
No comments:
Post a Comment