lemah

dengan darah pemuda yang mengalir, engkau dahulu dengan penuh yakin katakan pada dirimu,
"ya! tidak akan aku biarkan ada tanggungjawab yang terbiar selagi mana berbaki masa seharianku!"

wah semangat.

kini kau terlantar di atas katil. tanpa mampu berbuat apa2.
alhamdulillah.
sakit itu mengajar erti kebergantungan.
sakit itu menunjukkan lemahnya jasad ini.
sakit itu peringatan bahawa tidak ada kuasa melainkan daripada allah yang maha agung.

allahumma isyfi syifaan la yughodiru sakama.

aku cuma terfikir, betapa hebatnya para sahabat yg berjuamg dengan anak panah tercucuk di dada mereka.
lemah sungguh diri ini yang hanya hangat badan sudah tidak mampu berbuat apa-apa.

mohon doa anda yg membaca. banyak perkara perlu disiapkan sepanjang minggu ini biizhnillah..

No comments: