Kemana pergi Singa-singa Allah?

Salam..
saya lihat kini terdapat golongan yang menggunakan hujjah "rahmatan lil 'alamin" untuk menyama-ratakan orang muslim dan musyrik atas dasar "memudahkan dakwah".

Masyarakat Majmuk

Malaysia merupakan negara yang cukup kompleks atas sebab wujudnya masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Maka timbullah isu bagaimana hendak mewujudkan negara Islam di negara seperti ini? Sudah tentunya jawapan ialah rujuk kepada penubuhan kota Madinah di mana terdapat percampuran agama yahudi  dan Islam dalam masyarakat Madinah. Saya tidak akan menyentuh isu piagam Madinah kerana saya bukanlah yang selayaknya.

Tetapi kita lihat dalam isu masyarakat majmuk di Malaysia, terdapat sedikit double-standard dan tolak ansur yang teramat sedang berlaku pada kaum tonggak yakni Melayu. Bagaimana jika keluar apa-apa yang berkaitan dengan Melayu, maka isu tersebut dianggap rasis. Maka keluarlah dalil-dalil "rahmatan lil alamin" dan sebagainya. (wallahi saya terima Islam itu memang rahmatan lil alamin, langsung tidak ada kontradiksi, namun aplikasi pada situasi ini mungkin perlu diperbetulkan) Tetapi jika dalam situasi kaum lain, apa-apa usaha mereka ke arah memperkasakan kaum mereka dianggap "hak" dalam kepelbagaian kaum. Jikalau kaum cina menolak sesetengah perkara berkaitan Melayu, kita kata itu keadilan, kita tak patut jadi rasis. Tapi jikalau kaum Melayu menolak tuntutan orang Cina, dikata itu rasis dan kaum cina ada hak mereka.

Sebenarnya kesemua kaum ada hak untuk menyuarakan dan memperjuangkan hak masing-masing. Dan saya sendiri percaya ketiga-tiga kaum utama akan mencapai titik persefahaman antara kaum apabila sistem Islam diambil pakai. Wallahi banyak lagi yang saya perlu kaji dalam bab aplikasi sistem Islam dalam masyarakat majmuk. Cuma yang ingin saya tekankan di sini, janganlah kita double-standard. Bila kaum sendiri perjuangkan hak, kita tegur kata rasis. Tetapi kaum lain perjuangkan hak, kita berlemah-lembut toleransi..
Contohnya sistem vernakular yang terang-terang menentang perlembagaan dan langsung tidak membawa kebaikan kepada permuafakatan antara kaum, malahan membesarkan jurang perhubungan antara kaum, masih lagi diteruskan dan majoriti mengambil sikap untuk berdiam atas dasar "takut untuk mencetuskan api antara kaum". Tetapi, apabila tiba isu UITM yang jelas di sisi perlembagaan, dan dipertikaikan oleh SUARAM, hampir semua(terutama NGO) senyap kerana sekali lagi takut untuk digelar rasis.

Ingatlah, berlemah lembut dalam berdakwah, namun janganlah berkompromi. Kalau kita hendak berlemah-lembut dengan kaum lain atas dasar dakwah, sampai bila pun negara Islam tidak akan terbina kerana mereka akan sentiasa berusaha memperkasakan kaum mereka, kita pula lupakan perjuangan hak kaum kita atas dasar kesama-rataan yang diajar oleh Barat.

Ingatlah bahawa bukan semua perkara boleh disampaikan melalui hujjah, kerana jikalau itu isunya, maka tidak ada lagi masalah di dunia ini, tiada perperangan. Sesetengah perkara, haruslah menggunakan kekuatan yang ada. Saya lihat ramai yang cuba untuk persoalkan perlembagaan yang menghalang dakwah terbuka bagi kaum lain. Janganlah anda bazirkan masa anda mempersoalkan isu tersebut. Masa yang ada, kita habiskan dengan dakwah dan defense mechanisms yang kita ada, jangan kita runtuhkan. Masa tidak mengizinkan kita menghabiskan masa mempersoalkan status quo(keadaan semasa). Sebaiknya habiskan masa itu untuk berdakwah. Ingatlah dalam keadaan umat Islam berbalah sesama sendiri, ada tangan-tangan yang sibuk menjalankan kerja mereka.

Contoh? Pasca PRU13 contoh terbaik di mana PKR(atau lebih spesifik, anwar ibrahim) sibuk dengan "blackout 505"nya, begitu juga segolongan besar pemuda Melayu-Islam. Tetapi kali ini kita lihat, terus terdiam satu parti yang diketuai kaum Cina yakni parti DAP yang dahulunya bising tatkala pilihanraya. Dapatnya kuasa, mereka terus fokus dalam gerak kerja mereka. Tetapi yang UMNO berbalah dengan yang PAS, yang PKR(anwar) pula tidak puas hati dengan keputusan.

Siapa yang rugi? Melayu-Islam yang rugi.
Benar, Islam dan Melayu itu tidak sama. Tapi bangsa mana lagi yang diharapkan untuk menegakkan agama Islam di bumi Malaysia?
Rasulullah Shallallahu ‘alaihiu wa Sallam bersabda:
إِنَّ هَذَا الْأَمْرَ فِي قُرَيْشٍ لَا يُعَادِيهِمْ أَحَدٌ إِلَّا كَبَّهُ اللَّهُ فِي النَّارِ عَلَى وَجْهِهِ مَا أَقَامُوا الدِّينَ
“Bahawasanya urusan pemerintahan (kepimpinan) ini adalah di tangan Quraisy selagi mereka itu menegakkan agama, tidak ada seorang pun yang memusuhi mereka melainkan Allah akan menyungkurkan wajahnya di dalam neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 22/45, no. 6606)
Adakah hadis ini rasis? Assobiyyah? Depends lah apa definisi rasis anda itu.

Aku teguh bersama ISMA kerana ISMA memperjuangkan Islam atas dasar waqi' masyarakat majmuk dan perlembagaan Malaysia. ISMA berani memperjuangkan bangsa tonggak yang akan memperteguhkan Islam sebagaimana Bani Quraisyh pada zaman Khulafah Ar-Rasyidin, Bani Muawiyah pada Kerajaan Umaiyyah, Bani Abasiyyah pada Kerajaan Abasiyah, dan Bani Uthmani pada Kerajaan Turki Uthmaniyyah. Aku telah kenal ramai singa-singa yang memperjuangkan Islam di dalam jemaah ini. ISMA memupuk ukhuwwah dan perdamaian antara parti-parti Melayu-Islam dan mengajak menggunakan kuasa yang ada untuk menegakkan Islam, duduk semeja berbincang. Permusuhan antara orang Melayu-Islam hanya akan membawa kepada kemenangan kepada pemikiran yang merosakkan. Ingatlah bahawa divide and conquer itu merupakan taktik barat untuk memecah belahkan kita. Ketahuilah bahawa selagi mana dia mengucap kalimah syahadah, dialah saudara kita dan kita wajib membantu (menegur) mereka jika mereka salah, dan tidaklah harus kita berperang terhadap mereka.

Manhaj perubahan Ummah itu bukanlah suatu perkara yang simple.

Bukan hanya satu dalil yakni "Rahmatan lil Alamin" itu sahaja untuk menyelesaikan segala masalah.
Benar, islam itu rahmat kepada seluruh alam. Keadilan Islam tiada tolok bandingnya.
Tapi persoalannya bagaimana cara hendak membawa rahmat itu kepada Malaysia?

Banyak lagi perkara yang kita(ya termasuk saya) harus pelajari untuk memahami apakah Manhaj Perubahan Ummah yang sebenar terutamanya untuk diaplikasikan di Malaysia.

Imani dan tadabbur surah 110. Itu matlamat kita.

PS: tidak dinafikan dakwah kepada non-muslim masih harus dijalankan dengan kuat, usaha dakwah setiap umat islam harus dilipat gandakan dan tidak seharusnya kita terlalu fokus dengan menaikkan Islam melalui undang-undang. namun penegakan sistem Islam di negara ini, perlulah tersusun dan mengaplikasi waqi' semasa.

PS lagi: sila rujuk http://zaizulazizi.wordpress.com/2013/05/14/hak-istimewa-orang-melayu-dan-keadilan-islam/ untuk tulisan yang lebih mantap.

Moga saya amalkan apa yang ditulis. Ayuh beramal.

No comments: