Merujuk kepada isu semasa serta video di atas, saya amat terkesan melihat perihal anak-anak muda yang sungguh taksub dengan politik kepartian. Amat sedih dilihat apabila kerajaan menaikkan harga minyak, lantas terus dituduh macam-macam.. Adalah biasa rakyat mana-mana negara untuk menuduh macam-macam, tetapi yang pelik tentang Malaysia ialah parti itu melebihi segala-galanya. Sebagai contoh, video di atas jelas menunjukkan sikap gila parti yang saya maksudkan. Yang mereka kata salah ialah BN, bukan kerajaan. Mereka tidak faham perbezaan pra dan pasca pilihanraya.
Memang normal harga minyak akan naik dari masa ke masa. bukan minyak sahaja, bahkan apa sahaja pun. Saya percaya yang menggubal sistem ini bukan BN, tetapi pekerja-pekerja kerajaan yang telah lama memikirkan strategi terbaik untuk negara.
Barangkali apa yang rakyat tidak sedar ialah BN atau PR, perubahan tidak akan banyak berlaku. Hakikatnya yang mengubah sistem itu bukanlah pemimpin, tetapi pekerja-pekerja kerajaan yang terdiri daripada ahli ekonomi, kewangan, dan sebagainya. Yang di atas memanglah berkuasa tetapi hakikatnya, sebanyak mana perbezaan yang dapat tercapai apabila berubahnya sesuatu kerajaan? Persoalan yang perlu ditanya ialah, adakah PR mampu untuk secara majisnya, menghentikan sebarang kenaikan harga?
TIDAK.
Hakikatnya jika PR memerintah dan secara terpaksanya mereka menaikkan minyak, puak-puak penyokong BN pula akan berbuat perkara yang sama. Dan penyokong PR akan terus mengeluarkan hujah2 husnudzon untuk PR. sama sahaja dengan situasi ini.
Keluarlah daripada kepompong politik kepartian. Saya berpindirian menyokong islamis. parti mana yang membawa islam, saya sokong. Kerana saya percaya selagi mana kita melihat dengan mata ekonomi dahulu, dan agama kedua, maka selagi itu kemenangan tidak akan berpihak kepada kita. Memandangkan BN dan PR kedua-duanya bukan parti islam yang kuat, maka saya tidak menyokong mana-mana pihak. walhal saya menyokong calon muslim berwibawa atas dasar keperluan untuk menjaga agama selaras dengan maqasid yang tertinggi yakni hifz-addin atau pemeliharaan agama. nak berbicara tentang isu muslim berwibawa ini satu kes juga.
amat sedih apabila saya melihat isu kenaikan harga minyak mendapat liputan yang sungguh meluas di media sosial tetapi isu kalimah Allah yang akan selesai dibicarakan sepenuhnya pada september 10 ini langsung tidak diendahkan. Haraki atau tidak, saya melihat sama sahaja mereka ini. semua mementingkan isu yang memburukkan pihak lawan, berbanding isu akidah yang juga berkait rapat dengan governance.
Saya yakin isu kalimah Allah kali ini tidak dapat sambutan dek kerana tiada parti politik yang terlibat. dulu apabila pas tegas dengan pendiriannya dalam isu kalimah allah, newsfeed facebook saya dipenuhi dengan artikel kalimah allah. kini, disebabkan kedua-dua PR dan BN tidak mahu menunjukkan sokongan terhadap isu kalimah allah, maka isu ini senyap sunyi. tiada wakil rakyat mahupun calon parlimen yang mahu berkata apa-apa tentang perbicaraan isu kalimah allah. mana pergi singa-singa Allah?
No comments:
Post a Comment