Qawiyyul Jismi

Salaam..

Semalam hari pertama main bola setelah dekat 2 bulan tak main bola.
Alasan paling kerap dikeluarkan:

  1. Sibuk, sem ni ambil 20 kredit
  2. Nak main bola je, ade meeting
  3. Ahad petang kerja
  4. Sabtu asik tiada di kampus, kalau ada, mesti ade meeting
  5. Weekday, sama ada kerja, atau kelas habis lambat. 
Dan sejujurnya memang alasan-alasan tersebut benar lagi sahih. Bukannya wujud atas sebab mengelak daripada main bola bersama-sama ikhwah RPI.
tapi, jikalau bertanya soalan kedua: "hah, dalam dekat dua bulan ni, sekali je pergi gym? alasan apa plak"
erk, ok saya mengalah.

Selepas dekat dua bulan badan mengeras, maka karat-karat di badan mulalah mengeluarkan berbagai bunyi. ha sakit sana sakit sini. smpaikan nak rukuk sudah susah.
sejak sakit blakang malam semalam(ya macam orang tua), terus tak pegi isya' di masjid, terus berat sngguh nak sunat rawatib, apatah lagi tahajjud.

BARULAH sedar kenapa pentingnya qawiyyul jism(kuat tubuh badan) itu dalam kehidupan seorang mukmin. qawiyyul jism itu bukanlah untuk menunjuk-nunjuk bahawa muslim ini semuanya six pack, tetapi dari segi ibadah itu sendiri, amat sukar untuk kita lakukan sekiranya badan pun tidak kuat. mana mungkin seorang yang tak sihat dan sering keletihan (lethargic) akan mampu tidur 3 atau 4 jam dan bertahajjud, kemudian segar sepanjang hari.

hadith nabi saw mengatakan,
"seorang mukmin yang kuat itu lebih baik daripada seorang mukmin yang lemah"

wah, muda je lebih, tapi badan yang tuhan bagi ni, tak dijaga. sentap. ayuh kuatkan tubuh badan!

nak tahu tentang qawiyyul jismi? ha jom kita dengar akhi azizi bercakap mengenai qawiyyul jismi :)



No comments: