Bangun Awal

salam..
Ayat 1, yaitu firman Allah ta'ala,

"Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!" (al-Muzzammil: 1)

Sebab Turunnya Ayat

Al-Bazzar dan ath-Thabrani meriwayatkan dengan sanad yang sangat lemah dari Jabir yang berkata, "Suatu hari, orang-orang Quraisy berkumpul di Dar an-Nadwah (balai pertemuan mereka). Di antara mereka lalu berkata, 'Lekatkanlah gelar yang buruk pada laki-laki ini (Muhammad) yang akan membuat orang-orang menjauh darinya!' Sebagian lalu berkata, 'Dukun!' Akan tetapi, yang lain membantah, 'Ia bukan dukun!' Sebagian lagi berkata, 'Orang gila!' Akan tetapi, yang lain membantah, 'Ia tidak gila!' Sebagian berkata, 'Tukang sihir!' Tetapi, lagi-lagi yang lain membantah, 'Ia juga bukan tukang sihir!'

Ucapan-ucapan mereka itu lantas didengar oleh Nabi saw.. Beliau lantas menyelimuti dirinya dengan kain. Malaikat Jibril lalu datang dan menyampaikan wahyu,

'Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!' (al-Muzzammil: 1)

'Wahai orang yang berkemul (berselimut)!"' (al-Muddatstsir: 1)

Tentang sebab turunnya ayat, 'Wahai orang yang berselimut (Muhammad)!' Ibnu Abi Hatim meriwayatkan dari Ibrahim an-Nakh'i yang berkata, "Ayat ini turun ketika Nabi saw. (berkemul) di dalam selimut berbulu."

Ayat 2, yaitu firman Allah ta'ala,

"Bangunlah (untuk shalat) pada malam hari, kecuali sebagian kecil." (al-Muzzammil: 2)

Sebab Turunnya Ayat

Imam al-Hakim meriwayatkan dari Aisyah yang berkata, "Ketika turun ayat, 'Wahai orang yang berselimut (Muhammad)! Bangunlah (untuk shalat) pada malam hari, kecuali sebagian kecil,' mereka (Nabi saw. dan para sahabat) terus melakukan shalt malam tanpa henti hingga kaki-kaki mereka menjadi bengkak. Allah lalu menurunkan ayat 20 surah al-Muzzammil, '...karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Qur'an;...'"

Ibnu Jarir meriwayatkan hadits senada dengan di atas dari Ibnu Abbas dan lainnya.

Sumber: Diadaptasi dari Jalaluddin As-Suyuthi, Lubaabun Nuquul fii Asbaabin Nuzuul, atau Sebab Turunnya Ayat Al-Qur'an, terj. Tim Abdul Hayyie (Gema Insani), hlm. 600 - 601.
Copied from: http://alislamu.com/dunia-islam/5552-asbabun-nuzul-surah-al-muzzammil.html 

Kalau kita tgk asbabun nuzul ayat ni, jelas bahawa setahun selepas ayat 1-19 turun, adalah WAJIB bagi semua umat Islam untuk bangun malam bertahajjud. And last2 after 1 year baru turun ayat 20 yang meringankan beban umat Islam pd waktu tu.
Pada waktu tu, Islam adalah pada peringkat awal dakwah dan adalah penting bagi setiap Muslim untuk membuat persiapan yang rapi. Hikmah Allah, telah mewajibkan mereka untuk qiyam setiap hari selama setahun.

Kalau dilihat pada zaman Sultan Muhammad Al Fateh, pemilihan imam itu juga adalah daripada kriteria solat qiyamullail dan pada waktu perang, semua tentera dikerah untuk berpuasa di siang hari dan bertahajjud di malam hari.

ok, kita semua tahu betapa baiknya solat malam ni.
Tp yang aku nak kongsikan sini bukanlah sebab kenapa kene bangun awal, tp sebab kenapa bestnye bangun awal berqiyamullail.

Tentu ramai antara kita yang terlalu sibuk ke kelas/kerja sampai nak beriktikaf di masjid pada pagi or petang hari tu mmg tak dapat lah kan. Nk g masjid un susah kot dok kelas memanjang. Most of the time, kite end up spending our days working, and our nights finishing off the work that we have. So last2 tidur pun pukul 2, bangun2 dah 6.30. Memang tak lah nak tahajjud. and at the end of the day, hidup pun ibarat pepatah arab (in which aku tatau sumber) yang bermaksud,
"bagai keldai di siang hari, dan mayat di malam hari"
Tapi sbb tu kalau kita tgk surah annaba', dah terang2 Allah kata, "dan kami telah menjadikan siang-masa untuk mencari rezeki". Jelaslah  kepada kita yang Allah dah tunjuk dah camne nak bahagi masa. Petang2 tu pegi lah siapkan assignment tu, malam tu rehatlah dan bangun qiyam.

"cakap senang, kalau homework banyak cane nak tidur awal??"

Takpe, Allah tak nak bebankan, sebab tu dalam surah al-muzammil ayat 20, ayat yang diturunkan setelah setahun diwajibkan qiyam tu dan akhirnya cancel kewajiban tu, Allah bersabda,
"... oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya)..."
And the best part is, not only did Allah mudahkan by saying in a way, tak perlu lah bace panjang2 smpai sejuzuk, Allah offer lagi kat kite as if saying, "hah kalau susah sgt qiyam, g solat subuh kat masjid tu, pahala same je cam qiyam sepanjang malam."
Bertepatan dengan hadis nabi SAW
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).
source: http://www.rakanmasjid.com/artikel/25-lain-lain/333-ganjaran-pahala-solat-subuh-mengatasi-keindahan-dunia.html 

Wah, baiknya Allah, orang2 yang takleh bgun malam un boleh dapat pahala yang same, so kalau susah bangun subuh cane lak??
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah shalat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." - Shahih Muslim, V/160
Sorry bro, tiada maaf bagimu. lemak lah kalau tidur sampai pagi un nak pahala. Haha

So, kenape bestnye bangun awal??
Well, antara sebab kenape aku rase bangun awal ni best, is sebab kite leh kumpul pahala kita awal2 pagi lagi.
Maksud aku, awal pg tu lah antara waktu paling banyak peluang pahala terkumpul dalam masa less than 2 hours. And the best part is, waktu tu memang takde bende pun nak buat! Nak g keje awal sgt, nak ajak futsal mmg tak ah pagi2 buta, nak berfacebook un sume orang tidur lg. Ha, skarang hanya kau, dan tuhan. nice!


Jom tgk situasi ni (ni situasi kalau tgh nak berpuasa lah):

5.00am: First thing lepas bangun, baca doa bangun tidur, then baca sayyidul istighfar. Lepas tu g lah gosok gigi, stretching badan ke minum kopi ke ape etc etc.
Barangsiapa mengucapkannya disiang hari dalam keadaan yakin dengannya kemudian dia mati pada hari itu sebelum petang hari, maka dia termasuk penduduk syurga dan siapa yang mengucapkannya di waktu malam hari dalam keadaan dia yakin dengannya, kemudian dia mati sebelum shubuh maka dia termasuk penduduk syurga.”
 (HR. Al-Bukhari – Fathul Baari 11/97)

Sumber : http://ruangfana.blogspot.com/2012/05/doa-sayyidul-istighfar-penghulu.html#ixzz2Jw2hwZ00 
5.10am: Solat tahajjud dan berdoa(penting part doa nih). Nak wirid lame2 un lagi bagus! Doa lah ape2 un, nescaya time ni lah antara yang paling mustajab untuk berdoa. one-on-one kite dapat berhadapan dengan Allah. Doalah puas2! kalau lagi rajin, solat lah lagi solat sunat yang lain.
Dalam hadis Imam Muslim, Nabi S.A.W bersabda, maksudnya:
Allah S.W.T turun dari Arasy-Nya ke langit yang pertama, (iaitu langit dunia) di sepertiga malam, seraya bersabda kepada para malaikat yang menjaga langit pertama, "Adakah di antara hambaKu yang berdoa? Aku akan perkenankan. Adakah di antara hamba-Ku yang memohon keampunan? Nescaya akan aku ampunkan dosanya". Maka sepertiga malam, atau solat tahajud merupakan waktu yang sangat afdhal untuk kita berdoa kepada Allah S.W.T.
5.25am: Baca quran dan tgk terjemahan. Tak kira lah panjang pendek. Kalau member2 ustat2 (read: yang belajar aliran agama) yang dah hafaz berjuzuk2 slalu sarankan ulangi bacaan time ni. Lagi feel pun baca quran time orang lain tidur. Bunyi kereta pun takde, bunyi orang rumah sebelah buat bising un takde. NICE! Lagipun yang menggalakkan baca quran pada waktu malam ni sebenarnye dari Al-Quran, bukan member aku. Haha. Sbb surah al muzzammil kate :
"Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat)[2]
"...dan bacalah Al-Quran dengan 'Tartil'...[4]" 
"Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.[6]" 
5.35am: Sahur. Pergh ni lah antara amalan paling senang skali nak dapat berkat dan redha Allah. Dah lah dapat pahala, kenyang lak tuh! Actually byk lagi fadhilat sahur kalau rajin mencari kat sheikh google. :)
Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).
source: http://sillaturahim.wordpress.com/2010/07/31/kelebihan-bersahur/ 

5.50am: Solat sunat qabliyah subuh. Salah satu motivasi solat qabliyah ni is untuk igt bahawa ape2 je yang kite nak buat lepas subuh yang menyebabkan kita rushing, solat qabliyah subuh still lagi bagus! Nak cari duit ke, dah lambat buat homework ke, ape ke.. Still solat qabliyah ni lg baik! Sbb kalau tgk hadis riwayat muslim,
Dua rakaat sebelum Subuh itu lebih baik dari dunia dan isinya. – Hadis riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 725.
source: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/3.htm 

6.00am: Haa pegilah solat subuh berjemaah same ade kat masjid ke, or kat rumah ngan housemate. Paling kurang un kte solat subuh lah kan.. Bertepatan lah dengan hadis,
Diriwayatkan Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:

“Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).
Soo cem gitu lah. Dalam masa lebih kurang sejam, macam2 jenis pahala and barakah bleh dapat biiznillah. Kalau rajin lagi bangun kul 3, lagi best! Kalau nk sejuzuk baca quran, lg mantap! Kalau nak baca al-mathurat, tu mmg macho! Macam2 blh bwt. Creative lah nk buat gabungan apa asalkan tak bid'ah.

Lepas Subuh tu buat lah ape pun nak buat, nak sambung tilawah lg un silakan, nak g kelas ke ape sume dah takyah nak bimbang sgt sbb jiwa tu dah kenyang dah pagi2. Kalau sahur, perut un kenyang. Hehe

Tips die kalau bab2 bangun awal ni, tidur lah byk2. Agak2 ngantuk lepas tahajjud tu tidur ah kejap sebelum subuh(kene disiplin lah plak takut terlajak). Agak2 tengahari tu ngantuk, tidur ah 5 minit somewhere kat surau berdekatan ke, kat library ke. 5 minit un cukup dah utk refresh blk.

Mmg awal2 susah nk bangun awal. Tp once u got the hang of it, rase lethargic plak kalau tak bangun awal and confirm akan rase super unproductive. Sesiapa yang penah rase kebahagiaan berqiyamullail tu nescaya stiap pagi akan rindu untuk bangun awal. Pahala dapat, jiwa un tenang, doa un makbul. What is there to lose??
"The early bird gets the worm"

Buat lah ape yg patut untuk bangun awal. Tp jgn lupa yang menggerakkan tu Allah, bukan jam loceng.

PS: Sempat tulis satu entry panjang lebar lagi pagi2 ni walaupun ade kelas pagi. Haa bestkan bangun awal? alhamdulillah atas setiap perkara.

Wallahu'alam. Moga same2 dimudahkan untuk bangun awal!
salam warahmatullah..

2 comments:

Anonymous said...

Satu je, nk istiqamah yang susah. Hmmm.. any ideas?

Yusri said...

personally, aku rse ble dah jd rutin(i.e. dah masuk dalam jadual harian), jd senang lah sbb dah biasa.
kadang2 terasa malas jgak sbb sejuk etc. tu yg kene mohon hidayah allah all the time(read previous post pasal hati. hehe) so that tak tergelincir.
sometimes sbb doa tuh, ble rse malas tu unexpectedly imam kat masjid tetibe bg peringatan yg memotivasika or tetibe member bg peringatan yg menusuk kalbu(seriously da byk jd). tu semua hidayah allah.

other than that, rajin2 lah join usrah/cr ilmu kat mane2 so that ade org igtkan. wallahualam.