Prinsip?

salam..
umur2 20-an nilah masa di mana semua orang tercari2 identiti.
macam2 yang dicubanya dan macam2 yang disertainya dan macam2 yang dikajinya.

aku hanya boleh kata kepada diri ini dan anda, "carilah identiti. cari sampai jumpa. jangan hanya join the bandwagon."
sebab kalau ikutkan zaman jahiliyyah, sebab ramai yang tak masuk Islam walaupun sudah tidak ada hujjah untuk membidas islam adalah kerana ramai yang hanya "ikut2". yang berani melawan arus dan tegas dengan pendirian jugak yang terselamat dan mendapat hidayah.

moga2 pendirian yang kita pegang untuk masa depan yang akan datang itu diredhai Allah.

kalau tidak ada pendirian lagi, moga2 tergerak hati untuk berpendirian.

jangan tunggu sudah melihat anak sendiri masuk ke lembah dosa baru kita nak kenang kembali apa silap kita.

tu baru anak, belum kubur.

ya muqallibal qulub, tsabbits qulubana 'aladdinik wata'atik.

No comments: