(wah, tajuk nak gempak gile je! kalau boleh, baca sampai habis yer)
Islam agama yang indah, yang memujuk perpaduan di sebalik perbezaan pendapat. Cukup indah.
Di kala pilihanraya ni maka kecohlah timbul perbezaan pendapat antara jemaah-jemaah Islam dan parti politik. Ada yang ikhlas menegakkan kebenaran yang mereka pegang, dan ada yang taksub dengan kumpulan masing-masing. Taksub atau tak, itu semua hanya Allah yang tahu. Kita takleh nak judge.
Tatkala sedang berjalan pulang ke rumah pagi tadi sambil-sambil dengar lagu Harapan Ummah(serious ketagih), tergerak hati untuk menulis sesuatu mengenai perbezaan pendapat dan konsep 'Unity in Diversity' yang pernah disebut oleh Tariq Ramadan. Aku tak boleh nak berpanjang lebar kerana aku sendiri tidak punyai ilmu tentang ni. Namun, hidayah tu Allah nak bagi at the right time and at the right place kan, balik2 je kat rumah, ternampak la Arus Baru post link menarik hari ni.. Gambar pun nak cool je. Aku sarankan korang baca artikel tu dulu sebelum proceed.(klik gambar)
![]() |
| Sila klik gambar untuk ke pautan hiper (hyperlink.lol) |
Para Ikhwah dr IKRAM, ISMA, HALUAN, PAS etc (sory ah kalau tak sebut)..
Kalau anda sedang baca ni, ana harap anda tidak ada pandangan negatif antara jemaah/parti. Walau ada perbezaan, bersepakat atas satu perkara; yakni kita semua hendak bergerak ke arah menegakkan kalimah Allah dan meniup erti agama Islam yang kita pegang. Maka atas pegangan itu kita berukhwah. Tengok persamaan, bukan perbezaan. Walaupun ramai yang tak bersetuju dengan term 'debat bukan budaya kita', aku selaku pendebat yang cukup suka berdebat dek zaman sekolah dan kolej dulu boleh bersetuju bahawa memang betul, 'debat bukan budaya kita', malahan tidak membawa kebaikan kepada mana-mana pihak. Debat itu adalah apabila satu pihak mempertahankan hujahnya tidak kira dia salah atau betul, dan satu pihak lagi mempertahankan hujahnya tidak kira dia salah atau betul.
Kalau ikut pengalaman silam aku, benang yang basah pun boleh tertegak kalau lidah anda cukup handal. Maka yang mendengar pun terpedaya dengan lidah itu, bukan dengan hujah atau dalil. Aku suka untuk bertanya pendapat ikhwah2 lain tentang persepsi mereka. Apa yang aku cukup suka buat sekarang ni ialah berdiskusi; yakni bertanya pendapat orang lain untuk melihat dari kaca mata apa yang mereka lihat. Dan sungguh, memang terdapat logik dan dalil dari al quran dan as sunnah yang menyokong walau dari kaca mata mana pun. Asalkan tidak bertentangan dengan al Quran, dan matlamatnya sama, maka aku pun menerima pendapat itu. Menerima bukan bererti berpegang. Tapi yang penting ialah 'unity in diversity'. Satu perkara yang cukup indah.
Dua hari lepas aku juga berdiskusi dengan rakan kerjaku; seorang atheist. Melihat keadaan library yang lengang dan kami berdua pun keletihan, kami pon duduk berehat atas sofa yang cukup best ni (lihat gambar di atas). Sedang lepak-lepak, terkeluar topik untuk membina library di rumah masing-masing. Satu titik persetujuan telah dicapai; kedua-duanya suka akan buku dan suka untuk dikelilingi dengan buku(bab baca atau tak tu lain cerita). Dan pada satu peringkat perbualan tu aku mengajak dia untuk berfikir dengan mengeluarkan penerangan tentang bagaimana Islam itu mementingkan sifat 'membaca'(i have no idea why this is in quote, but oh well) sampaikan perintah pertama yang turun dari Allah melalui jibril ialah 'Iqra' yang bermaksud; bacalah. Aku ceritakan tentang kisah jibril turun dari langit memeluk nabi Muhammad SAW dan boleh nampak dari riak wajahnya yang mungkin dia tidak percaya tentang cerita jibril itu. Tapi dia cukup terpegun dengan bagaimana Islam itu menyuruh umatnya membaca dan seterusnya berfikir. Dia juga bercakap tentang bagaimana yahudi itu pandai dan berjaya dan aku pun bersetuju kerana memang terdapat dalil dalam al-quran yang mengatakan tentang bagaimana yahudi itu diberi kelebihan akal dan harta. Sepanjang sejam lebih kami berbual mengenai agama dan budaya di atas sofa yang cukup empuk tu. Yep, memang gaji tu dapat untuk bersembang pun kan? Jangan judge, time tu takde orang langsung, haha.
So ape point aku?
Sejam lebih aku berdiskusi dengan seorang atheist tentang agama dan budaya. Perbezaan pendapat itu kami acknowledge. Segala tuduhan 'offensive' yang dia bagi pada aku, aku terima dan aku lontarkan pandangan dari sudut agama dan sudut peribadi. Alhamdulillah tuhan mencampakkan kefahaman pada dia dan pada sesetengah perkara, pendapatnya berpihak kepada Islam. Sesetengah yang lain mungkin tidak. Tapi yang aku cuba buat bukanlah mempengaruhi dia dengan agama Islam itu tetapi untuk mengajaknya berfikir. Jikalau tidak terima hari ini, tak apa. Mana tahu esok lusa lain cerita?
Begitulah juga dengan pendapat/pegangan kita yang kita bawa melalui perbualan dan melalui usrah. Jangan kita cuba doktrinasi orang lain dengan menghujani mereka dengan bermacam-macam informasi yang cukup bias(memanglah bias, da kita punye pegangan) dengan niat untuk mempengaruhi fikrah mereka dengan brainwashing. Tapi ajaklah berdiskusi, berfikir dan bertukar pendapat. Kalau pendapat tu selari, eloklah. Kalau tak, tak mengapa, kita masih Islam, bukan? Sedangkan Allah pun menyuruh hambaNya berfikir, takkan kita nak larang kot? Sebelum kita nak menyebarkan pandangan kita, berpeganglah pada satu persamaan. Seperti kate Dale Carnegie dalam buku 'How to Influence People and Win Friends', persamaan itu penting untuk mempengaruhi orang. Kalau tiada persamaan, memang sukar untuk seseorang itu bersikap terbuka dan menerima pendapat. Dan kalau ade perbezaan, so what? chill, bro. At least kita dah ajak dia berfikir, bukan?
Jadi, satu ole-ole buat pembaca yang dah baca sampai bawah ni, ayuh dengar lagu FETYA yang aku rase cukup memotivasikan pagi-pagi sebelum g kelas. Sejak first dengar lagu ni memang tak berlalu lagi satu hari tanpa aku dengar lagu ni. haha serious memotivasikan!
Satu frasa yang best dari lirik lagu ni; "Meniup erti agama Islamku" bagi aku cukup bermakna.
Ayuhlah kita meniup erti agama Islam yang kita pegang ni melalui kejayaan dalam bidang-bidang kita sendiri.
Bak kata satu top comment youtube kat video FETYA - Sujud Merdeka,
Apa yang kita perlukan, adalah produk dan solusi modelnya. Kita tidak robohkan rumah usang, namun kita bina Istana.Yep, apabila contoh Muslim berjaya itu ada dan mengatasi segala tokoh yang berpegang dengan perkara batil, maka mudahlah untuk orang percaya dengan apa yang kita pegang ni.
Akhir kata,
Jom dengar lagu FETYA - Harapan Ummah
Disclaimer: entry ni bertujuan untuk motivasi dan pencerahan minda, bukan sebagai hujah.
PS: aku un tatau sejak bila aku tulis BM balik ni ha. eloklah, bahasa kebangsaan.


No comments:
Post a Comment